Wednesday, May 11, 2011

Anwar kata UMNO 'Pandi Kutty'.. bukannya Najib!! (Video Inside)

Nampaknya ada blogger Pro UMNO yang menyambung fitnah oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya Anwar menggelar Najib sebagai “pandi kutty" ..

Semalam Lidah Rasmi UMNO sekali lagi menfitnah Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat “pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu..

Video yang disiarkan oleh beberapa blog Pro PR telah disunting mereka bagi menunjukkan bahawa Anwar ada menyebut perkataan “pandi kutty" itu..

Tetapi mereka tidak berani untuk menjelaskan siapa yang dimaksudkan oleh Anwar sebagai “pandi kutty" atau Anak Babi itu..


Berikut adalah tiga clip video satu telah disunting oleh blogger Pro UMNO , satu lagi dari video asal ucapan Anwar manakala satu lagi dari TV Selangor..

Video clip yang pertama dibawah ini aku ambil dari sebuah Blog Pro UMNO iaitu MiM (Minda Intelek Melayu bodoh) dan adminnya ialah drnovandri (dr kat depan tu.. tak tahulah pulak aku apa dia.. )

Beliau telah menyiarkan satu video clip ucapan Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Lidah Rasmi UMNO sebagai berkata Najib adalah “pandi kutty" (Anak Babi)..

Beliau hanya menyiarkan sedutan dari video ketika Anwar menyebut perkataan “pandi kutty" tetapi telah menyunting perkataan sebelumnya yang disebut Anwar.. lihatlah..


Tulisnya.. “Yang memualkan ialah ada pihak yang cuba mempertahankan keceluparan mulut Anwar brahim itu dengan memberi alasan 'anak babi' bukan ditujukan kepada Najib Razak kepada kepada BN. “

Dan dibawah pula ialah dua clip video yang tidak disunting ucapan Anwar sebelum beliau menyebut perkataan pandikutty itu..



Jelas Anwar tidak menganggap Najib sebagai “pandi kutty" tetapi beliau berkata "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".

Apa yang Anwar maksudkan dengan "pandi kutty" itu adalah sebuah parti bukannya individu..

Dan parti yang dimaksudkan terdesak itu pula adalah UMNO.. jadi UMNO adalah "pandi kutty" menurut Anwar..

Oleh kerana ada yang mengatakan UMNO itu BN dan BN itu adalah UMNO maka BN itu adalah "pandi kutty".

Kah..kah..kah.. "pandi kutty" depa dapat….

Satlagi adala penternak-penternak pandi kutty tu mengamuk dalam blog ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails