Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, May 1, 2011

Anwar dianiaya - TG Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain berniat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai ‘tenaga orang Melayu’.

Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya, video seks disebarkan itu meragukan apabila raut wajah individu tidak difokuskan dengan jelas.

“Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.


Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak mengulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara.


Sinar Harian

4 comments:

Che B said...

Jika betul anwar kena aniaya, perlu buat penafian dalam betul sumpah penafian seperti cadangan bekas Mufti Perlis...aku sokong

Anonymous said...

semua manusia mesti bersumpah bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Buat apa kita zalim sesama manusia, binatang pun tidak menuduh binatang berzina.

Anonymous said...

Pekara sumpah ni kerja budak sekolah rendah saja.Kalau dah asyek bersumpah tak payahlah ada mahkamah.Bila bersumpah tak buat kerja -kerja maksiat habis cerita.Polis macam tu tak payah lagi pening-pening kepala nak menyiasat .Cukup sekadar bersumpah sahaja kerja beres....betul ke????Dalam Al-Quran dah jelas hukum hakamnya tapi mengapa tak mau ikut???Mengapa nak buat hukum sendiri????Inilah yg dikatakan manusia jahil.Dah lah jahil...nak suruh orang juga ikut kejahilannya.Haramjadah punya manusia.

Anonymous said...

Setuju dengan anon 11.09 dan Che B anda kena belajar sesuatu..

Archive

Related Posts with Thumbnails