Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, May 7, 2011

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh

Al Fatihah..

KAHERAH, 6 Mei — Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa “kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan.”

Pengesahan kumpulan itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiarkan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh “kepimpinan umum” Al-Qaeda.

Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.


Timbalannya Ayman al-Zawahri merupakan pemimpin paling utama dan dilihat akan mengisi tempat Osama.

Anwar al-Awlaki, kelahiran Amerika Syarikat tetapi kini berselindung di Yemen, juga dinamakan sebagai kemungkinan pengganti Osama.

Kenyataan bertarikh 3 Mei ini, yang pertama oleh rangkaian pengganas sejak Osama terbunuh Isnin lalu dalam serangan komando ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad, Pakistan.

Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka.

Malah kenyataan itu bertekad bahawa Al-Qaeda tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah Osama adalah “lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan.”

“Dia (Osama) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar AS dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka,” kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.

“Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih,” katanya.

“Darah mereka akan diisi ketangisan,” tambah kenyataan itu lagi. — Agensi

2 comments:

Anak kg pertama said...

Innalillahiwainnailaihirojiun, moga dicucuri rahmat keatas rohnya. Keatas tindakan arwah semasa hayatnya hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui.

SlayTheZionistDevils said...

Hei Anak kg pertama, ko baca ni...
http://saint-guerre.blogspot.com/2011/05/wake-up-project-obsama.html.

Archive

Related Posts with Thumbnails