KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.
Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.
Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.
“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.
“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.
Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.
Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.
The Malaysian Insider

4 comments:
Kata tak sakit, cuma kepenatan je. Tapi kena duk wad lagi untuk pemantauan lanjut kenapa pulak. Rehat je la kat rumah dengan anak isteri kan bagus.
Apa2 pn sakit ni sebenarnya peringatan dari Allah untuk kita melihat dan mengkaji apakah tindakan dan perbuatan kita selama ini menjurus ke arah RedhoNya atau sebaliknya.. Wallahualam..
Itu petanda la tu.... Buatlah tugas dengan ikhlas dan amanah... untuk agama dan negara, yang penting diredhai Allah SWT... bukannya jadi barua untuk pengkhianat macam Mat Monggol tu...
dengan sakit sakit ni bolehlah dia cau cepat sikit, buek memoningkan kepalo je.
cuba le komen yang baik sikit.. asyik membantai aje..
sakit tu dari Allah..
betul kata anak polis..
Pertamanya sebagai peringatan..
Keduanya mengampunkan dosa-dosa..
Ketiganya menambahkan pahala sekiranya kita insaf dan bersabar.
insya Allah..
Post a Comment