Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang isteri, layak membela suaminya bahkan berhak dan wajib berbuat demikian pada waktu Datuk Seri Anwar Ibrahim, difitnah teruk oleh musuh-musuh politiknya. Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Wan Azizah tidak layak megesahkan lelaki dalam video yang dikaitkan dengan Anwar.
Nazri membuat kenyataan tersebut atas alasan akan ada konflik kepentingan memandangkan Wan Azizah adalah isteri Anwar.
Muhammad Nur seterusnya berkata, kenyataan Nazri itu membuktikan Umno gagal mendidik pemimpinnya untuk memahami syariat Islam dengan mendalam.
“Hubungan suami dan isteri adalah satu perjanjian agung yang disaksikan Arasy,” tegas beliau.
Bahkan katanya, Wan Azizah merupakan individu yang paling layak berbuat demikian kerana beliau lebih mengenali susuk tubuh suaminya sendiri.
“Selepas hidup bersama lebih 20 tahun, siapakah yang lebih rapat dan mempunyai hubungan lahir dan batin dengan Anwar selain daripada Wan Azizah?” tanya Muhammad Nur.
Muhammad Nur seterusnya berpesan kepada Nazri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal semata-mata kerana sudah kehabisan modal politik.
“Jangan kita habis modal politik, kita bercakap perkara yang bukan-bukan,” kata Dr Muhammad Nur.
Keadilandaily

2 comments:
SUWEY betul Najib ada seorg Menteri merangkap Panglima umNO yang berotakkan lembu serta berjiwakan Yahudi. Betul lah tindakan Kak Wan membela DSDAI...dah DSAI tu adalah suami dia.
Andaikata ada orang memfitnah isteri Nazri Aziz bermukah, siap menjukkan video lagi..apakah beliau tidak akan membela isterinya, dengan memberi kenyataan bahawa dia tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan membela isterinya? Dayuslah kalau Nazri Aziz tidak membela isterinya dalam keadaan begitu.
Samalah juga halnya dgn Kak wan skrg..beliau mengeluarkan kenyataan membela DSAI bukan atas kapisiti seorang Presiden PKR, tetapi atas dasar seorang isteri yang solehah.
depa nak RCI tu sebab ada benda depa
nak bagitau kot, sebab itu trio belum di tangkap, buat lambat lambat sikit.
Post a Comment