Saturday, April 23, 2011

Wah!! RM11 Juta ni.. UMNO Penang tak mahu kutip pulak ka?


Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini kepada semua mereka yang jumlahnya ialah 114,668 orang..

Wahhh.. ramai tu.. Apa ke nama tah ADUN Penaga tu..macam mana sekarang? Tak mahu kutip pulak ka? Kalau dikutip semula dari setiap warga emas tu boleh jadi jutawan segera tu.. ya lah 114,668 darab 100 jumlahnya ialah RM11,466,800.00.

Ala.. ajaklah sama kawan-kawan yang segerombolan tu..


Bukannya susah pun.. cuma ulang semula sandiwara tahun lepas.. sat saja dah jadi jutawan..kalau tak mau masuk poket sendiri macam tahun lepas tu, boleh guna sebagai dana pilihanraya..

Kan Najib dah kata.. UMNO Penang ni bagi peruntukkan banyak-banyak pun tak guna.. bukan boleh menangpun terutama sekali di Permatang Pauh tu..

Berikut adalah petikan-petikan berita yang melaporkan agenda UMNO Pulau Pinang menipu warga emas dengan mengutip semula RM100 yang disumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada warga emas tersebut.. malangnya hingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima walau satu sen pun dari pihak UMNO Pulau Pinang yang mengutip kembali wang tersebut..

29 September 2010 … Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini. (sepenuhnya di SINI)

Pada 2 Oktober pula.. GEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. (sepenuhnya di SINI)

Kemudian pada 3 Oktober pula… BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini. (sepenuhnya di SINI)

5 Oktober pula.. Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. Tambah Norman lagi.. kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. (sepenuhnya di SINI)


Program Penghargaan Warga Emas : Bayaran Untuk 2011 Bermula 23 April 2011 - 20 Mei 2011

GEORGE TOWN - Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.

"Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini.

"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100, Kerajaan Negeri di bawah PPWE turut menyalurkan wang Khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

"Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri.

"Walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk sebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun, Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif ini demi kebaikan rakyat.

"Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini. Malah, UMNO juga tidak dapat menghantar atau menyerahkan satu nama pun berhubung dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100,'' ujar beliau.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails