Thursday, April 21, 2011

Video Lucah : Pertembungan peribadi antara Anwar dan Rahim

PETALING JAYA: Kewujudan dan penyebaran video seks baru-baru ini yang pelakunya seiras Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar

Ibrahim adalah hasil dari pertembungan peribadi di antara Anwar dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Dalam suratnya bertarikh 18 April lalu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Dato’ Mat Zain Ibrahim berkata, “saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini merupakan pertembungan peribadi di antara Rahim dan Anwar.”


Mat Zain ialah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Suratnya kepada Ketua Polis Negara dipos dalam blog Lim Kit Siang hari ini.

Dalam suratnya beliau menyeru pihak polis mengambil pendirian yang profesional dan berkecuali menangani siasatan ini serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua-dua belah pihak.

“Pihak polis hendaklah memberi kepada mereka “gelanggang yang sama rata” (same level of playing field), untuk membuktikan kebenaran masing-masing,” katanya.

Tegas beliau, “bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis, namun begitu sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perkhidmatan maka saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat sehingga boleh mengelirukan persepsi mereka.

“Saya berharap ‘ketinggalan’ ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta sedemikian mustahak,” terang beliau.

Mat Zain berkata, “saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan dalam tahun 1999.

“Pengedaran video seks ini di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999,” katanya.

Menurut beliau, penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999.

Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

Bermotifkan politik

Namun begitu kata beliau, pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum PRU ke-10.

“Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan,” katanya.

Mat Zain menerangkan bahawa memandangkan Datuk T telah membuat pengakuan terbuka dan memgambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah ini maka timbul beberapa perbandingan dan persoalan berkaitan kedua-dua video seks ini.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira kewujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999. Terdapat “nexus” di antara kedua-dua Video Seks ini,” jelas beliau.

Datuk T dalam kes ini merujuk kepada bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di samping Rahim yang mengambil tanggungjawab berhubung tayangan Video Seks Kedua 2011 kepada beberapa pemberita di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails