Thursday, April 28, 2011

Video Lucah : Eskay mahu buat sumpah laknat esok

Ehh.. masa buat tayangan video lucah tak teringat pulak hukum Allah.. tiba-tiba nak bersumpah??

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan sumpah laknat esok.

Justeru itu beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.”


Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah. – sepenuhnya si (SINI)

Jadi kata siapakah yang Anwar sepatutnya dengar?? Kata-kata Tan Sri Harussani Zakaria yang sudah semestinya memahami hukum-hukum Islam atau kata-kata seorang Siam muallaf yang jelas tidak faham Agama Islam..


Eskay sedia sumpah laknat bersama AnwarJimadie Shah Othman

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Semalam sebahagian lagi rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan menggelarkan kumpulalan mereka sebagai "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis. Beliau juga menafikan individu yang beraksi itu adalah dirinya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails