Friday, April 22, 2011

Video Lucah : Dari Hotel ke Kondominium pula...


Di awal pendedahannya Trio Datuk ‘T’ atau three Sooges yang dianggotai oleh Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tambi Chik, Shuib Lazim dan Sharzyl Eskay telah mendakwa bahawa Video Lucah yang di miliki mereka itu adalah rakaman aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China.

Pemimpin Pembangkang yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah DS Anwar Ibrahim kononnya dan pencacai-pencacai UMNO berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan orang ramai bahawa benar lelaki itu Anwar walaupun faktanya adalah bercanggah.


Menurut mereka pelacur itu berusia 20an dan rakaman telah dilakukan itu telah ditemui salah seorang dari mereka disebuah hotel di ibu kota.

Video bertarikh 21 Februari 2011, memaparkan aksi hubungan seks pemimpin pembangkang itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan dikatakan telah dirakamkan di ibu kota meskipun terpapar nama sebuah jalan dalam tulisan Siam di Thailand.

Berita yang disiarkan oleh Harian Metro di bawah menyatakan lokasi kejadian adalah sebuah kondominium di pinggir ibu kota bukannya sebuah hotel ditengah-tengah ibu kota seperti yang didedahkan oleh Three Stooges itu..



Wanita pelajar kolej swasta

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapelajarkolejswasta/Article

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails