Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, April 1, 2011

Video Lucah : Apakah ketulenannya dipersoalkan?

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Tulen.. satu ayat yang mampu membuatkan pakcik makcik yang berada di kampung-kampung dan felda mula terlupa bahawa Anwar telah menafikan bahawa bukan beliau didalam Video itu..

Apa yang kita persoalkan sebenarnya berkenaan Video lucah ini? Adakah ketulenannya atau kelibat lelaki yang didakwa sebagai pemimpin utama pembangkang itu adalah benar Anwar ?


Samada ianya tulen atau tidak, kenapa hingga kini tiada tindakan undang-undang diambil selain dari dipanggil untuk disoal siasat, terhadap ‘Three Stooges’ yang bertindak menyiarkan Video Lucah itu kepada beberapa wakil media?

Jika di Georgetown, Pulau Pinang seorang lelaki semalam telah mengaku bersalah kerana memiliki DVD dan VCD lucah dan telah didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.- sepenuhnya di SINI. Lelaki tersebut juga telah digari ketika dibawa ke mahkamah.

Mengapa ketiga-tiga ‘Three Stooges’ itu tidak mendapat layanan seperti lelaki itu???


IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen
KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.


The Malaysian Insider

11 comments:

JAKA said...

video itu memang tulin dlm erti kata pelakunnya betul dan bukan teknik fotografi video.

yg TIDAK TULIN ialah pelakun lelaki itu bukan Anwar tetapi MIRIP ANWAR.

itu saja. apa yg susah nk faham nya.

KPN kata tu betul lah, tp dia pun tk kata pelakun itu Anwar.

AnakKPNLama said...

Tan Sri KPN,
Kalau tuan boleh keluarkan kenyataan bahawa video lucah itu tulin, kenapa tuan tak boleh keluarkan kenyataan siapa di dalam video itu. Adakah DSAI atau Datuk Eskay yang iras-iras Anwar? Kalau tuan tak boleh kenalpasti orang di dalam video itu sejauh mana ketulinan video itu?
Dalam hal ini melakukan seks (kalau pun DSAI) bukan menjadi kesalahan dalam undang-undang sivil di Malaysia tetapi menontonkan kepada umum adalah terang-terang salah dan boleh didakwa. Kenapa tuan diamkan sahaja. Aku sangka boleh harapkan tuan membawa sinar kejernihan kepada PDRM, nampaknya tuan sama juga dengan KPN yang lain.

Anonymous said...

Cakap saja kalau Anwar atau bukan Anwar, kan mudah. Ini macam nak melindungi org2 tertentu saja. Kalau POLIS Bersih, Cekap dan Amanah, pekara ini mudah saja untuk tentukan siapa di dlm Video tersebut.

mns said...

Cakap saja kalau Anwar atau bukan Anwar, kan mudah. Ini macam nak melindungi org2 tertentu saja. Kalau POLIS Bersih, Cekap dan Amanah, pekara ini mudah saja untuk tentukan siapa di dlm Video tersebut.

Anonymous said...

Madah berhelah nanyi ziana,
sungguh lawa Najib terpana,
Pondan tulen lelaki terkena,
Video tulen apa kena mengena?

abudapur said...

saya tabik dan hormat dgn SAC 11 Datuk Mat Zain bekas pengarah bhgn jenayah bkt aman krn ketelusan dan keberanian nya dlm menulis surat terbuka kpd Tan Sri IGP Ismail Omar beliau mempunyai intrigity yg tinggi dlm PDRM dan insan kerdil yg takut pd Maha Pencipta bukan kpd manusia...syabas Datuk semuga Allah swt sentiasa melindung dan merahmati datuk dan k'ga datuk..

shaky2 said...

Jaka dan kawan2,

Yang dikata oleh KPN betul tapi tukar tajuk. Maybe ko boleh faham, tapi makcik2 Felda tah faham, bila KPN kata TULEN, org ramai dah anggap mmg Anwar yang tgh berzina....ada faham, dan UBN dpt political mileage.

AnakPolis said...

Sudah pasti pagi ni (Sabtu) akan keluar tajuk besar dalam Utusan Meloya "VIDEO DISAHKAN TULIN". Seolah2 nak bagi tau kat org2 kampung yang mmg sah DSAI dalam video tu.. Mmg KPN ni sama juga.. Balaci UMNO/BN rupanya.. Cakap ada niat tersembunyi..

Anonymous said...

video klip lucah tu tulen kata KPN ok baguih lah tu tp lelaki dlm klip video tu pelakun mirip anwar dan bukan anwar dan bg ssiapa yg dah menonton nya mengatakan bukan anwar kecuali yg di byr atau yg pro datuk 'T' atau datuk zulkifli Nordin yg percaya 110% pelakun tu anwar ibrahim biar pun belum menonton nya..perghh satu tuduhan yg akan membawa nya ke NERAKA, jd siapa yg mirip anwar? kalau bukan datuk SK? kenapa lah KPN x nak berterus terang aje apa yg di takutkan bertindaklan dgn kata ' betani krn benar dan takut krn salah' smuga mendpt rahmat Allah swt, jgn xdpt Rahmat dan Lindungan Allah di pdg Masyar sudah lah..

Had said...

Buatlah sesuatu agar anak bangsa generasi kedua tidak akan terus menerus disogok dengan soal seks,video lucah dan liwat. Amatlah tidak bertamadun sekiranya anak kita setiap hari bertanyakan apakah itu video seks,apakah itu liwat..nanti kementerian pelajaran terpaksa memperkenalkan matapelajaran baru iaitu seks dan liwat.

Bombo said...

yg bodonya rakyat subsidi dek kerana subsidi satu negara sengsara kata pak bacul masih juga percaya apakah mentaliti warga percaya serendah itu,lepas tu disogok RM5 5thn undi BN,MORAL KATAK

Archive

Related Posts with Thumbnails