Tuesday, April 12, 2011

Taib Undur : 'Beberapa Tahun Lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat wahai Najib...

Berbanding dengan kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar bertarikh 7 November 1995 iaitu Taib berkata beliau akan meletakkan jawatan dalam masa lima tahun dari tarikh tersebut.

Hari ini Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak dialah yang berkuasa bukannya Najib apatah lagi Muhyiddin Yassin dengan berkata “Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,”

Taib sama sekali tidak memberikan tarikh beliau akan meletakkan jawatan, ini secara tidak langsung menunjukkan kata-kata Najib semalam iaitu “Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” adalah satu janji atau gula-gula pilihanraya..


Taib juga menunjukkan kepada kita kata-kata Najib itu bukanlah satu perintah yang perlu diturutinya kerana “beberapa tahun lagi” pendirian yang ditegaskannya itu bukanlah satu waktu terdekat selepas pilihanraya negeri seperti yang dinyatakan Najib semalam.

Jika benar Najib berkata telah ada perancangan untuk Taib melepaskan jawatan Ketua Menteri itu sepatutnya bukanlah menjadi satu masaalah kepada Taib untuk menyebutkan tarikh atau jangkamasanya dikhalayak ramai.

Bila tiada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Taib, jelas kata-kata Najib itu iaitu “Taib akan undur” hanyalah cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Sarawak terhadap Taib yang telah 30 tahun menjarah harta milik rakyat Sarawak.

Secara tidak langsung Taib juga telah menunjukkan kepada kita tiada sebarang perancangan untuk beliau berundur sebagaimana dinyatakan Najib semalam iaitu dalam masa terdekat selepas pilihanraya, kerana perancangan tanpa tarikh bukanlah satu perancangan dan ia adalah satu omong kosong..

Taib juga membuktikan kepada kita semalam Najib telah berbohong kepada rakyat Sarawak kerana 'Beberapa tahun lagi' bukanlah satu jangkamasa terdekat..

Jadi jika Taib tidak meletakkan sebarang tarikh untuk meletakkan jawatan.. segalanya kini berada ditangan Rakyat Sarawak..

Tetapkan tarikh buat Taib pada 16 April ini atau biarkan dia terus menjarah hasil bumi Sarawak..


Taib Mahmud hanya berundur dalam ‘beberapa tahun lagi’

KUCHING, 11 April – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam “beberapa tahun lagi” - pendirian yang ditegaskan selepas 24 jam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Pengundian pilihan raya negeri akan diadakan Sabtu ini.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

Kata Taib, sokongan mereka penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dan kemakmuran yang ditempa untuk Sarawak dapat dilaksanakan.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Najib juga hadir sama pada majlis malam ini.

Kenyataan Taib itu adalah bayangan pertama peralihan kuasa sejak isu itu timbul dalam pilihan raya negeri 2011.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Malam tadi, dilihat seolah-olah sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Taib, Najib dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Bagaimanapun kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya jaminan Najib itu akan menjadi kenyataan memandangkan Taib pernah membuat janji untuk berundur tetapi tidak ditunaikan.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Najib memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinan Taib genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Taib turut menyeru generasi muda agar mempertahankan semangat 1 Malaysia yang subur di Sarawak.

Beliau juga mahu hubungan antara Sarawak dengan Semenanjung terus diperkukuhkan dengan sikap politik yang matang.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails