Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, April 12, 2011

Umi wakili Parti Tupperware di Sarawak ?

UMporNo adalah sebuah parti yang telah diharamkan masuk ke Sarawak dulu kini dan selamanya. Jadi Najib cuba bawa parti Tupperware sebagai ganti.

Umi Hafilda terus 'serang' Anwar di Sarawak
PKR yang bertanding di kerusi paling banyak di Sarawak mempunyai jadual waktu yang cukup sibuk, khususnya di 25 kerusi yang kebanyakan pengundinya berbangsa Malay-Melanau.

Bagi mendekati masyarakat tempatan dalam usaha menumbangkan BN Sarawak yang diterajui oleh PBB, tanggungjawab itu diserahkan kepada ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bermula dari kerusi Bengoh, kira-kira 70 kilometer dari barat daya Kuching - yang mempunyai majoriti penduduk Bidayuh, Anwar kemudiannya terpaksa bergegas ke lima kerusi lain sekitar pinggir bandaraya itu.

Hanya sebuah, iaitu Batu Lintang adalah merupakan kawasan majoriti pengundi Cina,


Kerusi lain adalah - Demak Laut, Tupong, Satok dan Muara Tuang (di mana PAS bertanding) - adalah kawasan majoriti pengundi Melayu yang terletak dalam lingkungan 40 kilometer dari Kuching.

Namun, bukan hanya Anwar yang memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi berkenaan. Turut berbuat demikian ialah Umi Hafilda Ali,seorang saksi dalam perbicaraan kes liawat I.

Mungkin takdir yang memisahkan kedua-dua mereka daripada bertembung di beberapa lokasi, termasuk di perkampungan nelayan, Kampung Seberang Bako dan kerusi Satok yang merupakan kubu kuat PBB yang hanya satu jam perjalanan.

Mesej yang dibawa oleh Anwar adalah konsisten dan sama dengan perkara pokok yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat: “ Kami mewakili semua bangsa dan agama serta menjamin memberi keadilan untuk semua. Kami bersatu menentang rasuah, khususnya ke atas musuh negeri, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.”

Bagimanapun mereka yang mengikuti ceramahnya malam semalam akan mendapati Anwar turut menyelitkan beberapa petikan al-Quran dalam ucapannya.

Beliau mengingatkan penduk Melayu / Melanau bahawa Islam menuntut keadilan dan amalan urus tadbir yang baik. Ia dikatakan berkesan kepada masyarakat Islam.

Di Satok, ketika Anwar berceramah kepada kira-kira 1,00 hadirin, seorang daripadanya yang dikenali sebagai Fatimah Suyong, yang berusia lewat 50an memberitahu Malaysiakini bahawa 'kita mesti ingat yang kita akan dinilai selepas meningal dunia kelak'.

“Selepas dikebumikan kita akan disoal oleh Allah. Justeru, kita mesti beribadat dan tidak mengamalkan rasuah,” katanya.

Dan ketika sebuah video yang memaparkan Taib dimainkan, Fatimah menuduhnya sebagai “malaun” sebaik melihat kelibat ketua menteri Sarawak itu. Dakwanya, tanahnya diramapas tidak lama dahulu.


Oleh Aidila Razak - Malaysia Kini

3 comments:

Anonymous said...

bila,sebut umi je aku teringat senikata lagu dato shake, umi ku tahu ko derita, hidup dlm duka sengsara,....yg tu je aku ingat, agakny betul la ramalan dato shake tu, terpaksa kesana sini jd pencacai, umprono sebagai watak utama prono sebab dari mula terkenal dulu pn jd watak utama pencerita prono sampai sekarang pn bawa cerita prono, kesian dia bawa cerita x laku2 org x nak beli, derita ,duka, sengsara ishk ishk kesian ko umi

Anonymous said...

Encik Abang ooooOOO!oooi encik abang oooOO!!! kalau Ummi tu bawa cerita fitnah kenapa si OMEGA tu tak saman...!!!SAMAM!!...saman..!!saman le..kenapa tak SAAAAMMMAANNN...

Anonymous said...

anon ats tu x de pun ckp ummi bawa cerita fitnah yg dia ckp cerita prono, jgn marh2 kak oooi, si omega tu sape ye eskay ke?

Archive

Related Posts with Thumbnails