Friday, April 29, 2011

Takut disambar Petir? Sumpah Eskay dibatal di saat akhir?

KUALA LUMPUR: Sumpah laknat yang mahu dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul di sini, dibatalkan di saat-saat akhir.

Pengerusi Masjid yang dikenali sebagai Abdul Razak Hussien, memaklumkan perkara itu di mimbar masjid selesai solat jumaat tadi.

Sebelum ini Eskay dilaporkan mahu membuat sumpah laknat berkenaan, yang diselar ramai pihak khususnya golongan agamawan kerana tidak mengikut hukum syarak yang digaris dalam Islam.


Shazryl yang dikatakan mahu melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, dikatakan turut ‘mewakilkan’ sumpah itu bagi pihak bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.


Berita diatas dari Keadilandaily, manakala berita dibawah pula dari The Malaysian Insider..

Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

“Tunggu petunjuk dari Allah,” katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails