Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, April 8, 2011

Tak cukup jentera : Jin dan Bomoh dikerah Taib..


Ketika berlangsung penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pada 6 April lalu, telah tercetus kekecohan di Pusat penamaan calon N51 Dun Balingian..

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.


Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.

Wanita yang berambut perang itu telah melarikan diri dan diselamatkan oleh sekumpulan petugas BN. Lihat gambar di SINI.

Sungguhpun bagi kita ramai yang sudah tidak mempercayai bomoh tetapi ianya adalah berbeza dengan Sawarak.

Menurut YB Nizar yang berkampung di Sarawak seperti yang dicatatkan oleh perakkite Amalan sihir masih ketara di sini kerana YB Nizar sendiri telah melihat kejadian itu berlaku kepada calon PAS yang dikunci mulutnya dari menyampaikan ucapan.

Calon wanita PAS bagi Muara Tuang yang menentang adik Taib Mahmud sendiri iaitu Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, hanya sekadar mampu memberi salam dan kemudian mulut terkumat kamit tak mampu dibuka.

Bagaimanapun menurut Al-Banjari 2-3 orang Ustaz terpaksa 'kerja keras' apabila berhadapan situasi sperti itu apabila dipulihkan, seorang demi seorang nama 'tukang kunci' mulutnya disebut.

Tapi dari apa yang aku lihat dari videoclip yang aku jumpa di blog milosuam dibawah ini, bukannya seorang saja bomoh yang Taib Mahmud dapatkan perkhidmatannya tetapi tiga orang semuanya..





2 comments:

AntiAPCO said...

Aku orang Malaya, pernah bekerja di Sarawak 7 tahun. Semua orang Sarawak tahu dalam istana TM banyak berhala (patung-patung) dan TM sentiasa memakai sehelai baju kuning di dalam (tidak kira apa pakaian lain yang dipakai diluarnya). TM memang amat minat tentang ilmu hitam dan sihir.

Anonymous said...

Sembok dengan air yassin penawar ,
bertaubat , jangan fitnah dan berhenti bantu fitnah itu, berhala ada dalam rmah malaikat tak masok tak percaya tanya uztaz muktabar.

Archive

Related Posts with Thumbnails