Friday, April 8, 2011

Tahniah SPRM!! Mai lah jenguk Penang sama...

Ini berita sebahagian berita dari Selangor.. “Seorang pemimpin PKR negeri dan seorang wanita dikenakan tuduhan menerima RM50,000 sebagai rasuah untuk membolehkan seorang lelaki dikurniakan pingat negeri Kelantan yang membawa gelaran “Datuk”.”

Tahniah buat SPRM.. aku cadangkan jenguk-jenguklah di Pulau Pinang sama.. bersihkanlah semua yang cuba mengUMNOkan PKR di Pulau Pinang..

Cuba cari ada tak beberapa pemimpin PKR Pulau Pinang yang menyalahguna kuasa dengan menyalurkan hampir kesemua projek kepada syarikat miliknya atau milik isterinya..

Cuba cari juga samada ada atau tidak pemimpin PKR yang telah termakan budi sehingga bertindak membelakangi kerajaan negeri dalam membuat sebarang keputusan..


Cari juga pemimpin yang menjadikan harta kerajaan negeri sebagai harta sendiri..

Bak kata pepatah.. pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angina melainkan ada beruk diatasnya atau sedang ditolak oleh jentolak..

Tolong cari dan bersihkan.. Kami tak perlukan pemimpin PKR yang berjiwa UMNO dan kami juga tidak mahu PKR diUMNOkan oleh segelintir mereka..


Ketua cabang PKR didakwa terima RM50,000 dapatkan Datuk

KUALA LUMPUR, 8 April — Seorang pemimpin PKR negeri dan seorang wanita dikenakan tuduhan menerima RM50,000 sebagai rasuah untuk membolehkan seorang lelaki dikurniakan pingat negeri Kelantan yang membawa gelaran “Datuk”.

Ketua cabang Rantau Panjang Datuk Mohammad Agos Mohd Noor dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Nor Azimah Jamaludin pula dicaj di bawah Seksyen 16(a)(A) akta yang sama.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa kedua-dua tertuduh menerima RM50,000 sebagai bayaran untuk membolehkan lelaki terbabit dikurniakan Dato’ D’Raja daripada Persatuan Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus, Kelantan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails