Sunday, April 17, 2011

SPR membantu kemenangan BN Sarawak?

Bagi yang tak tahu apa itu Borang 14..

Borang 14 ialah satu borang yang yang wajib di serahkan kepada wakil Parti yang bertanding untuk ditandatangani bagi mengesahkan jumlah pengundi yang telah mengundi di setiap saluran, ianya diserahkan setelah pusat pengundian itu ditutup..

Gagalnya menyerahkan Borang 14 itu kepada Wakil Parti menunjukkan memang ada agenda untuk memanipulasi jumlah undi di setiap pusat mengundi itu oleh SPR..

Bagaimanapun selain Borang 14, kehadiran Polling And Counting Agent (PACA)dari setiap Parti yang bertanding ditempat pembuangan undi itu juga boleh menentukan jumlah pengundi sebenar adalah selari dengan jumlah yang tercatat di dalam Borang 14 itu.. jadi bersamalah kita tunggu apakah tindakan susulan oleh pihak yang sepatutnya..


Persaingan Pakatan-BN tidak di atas padang yang tidak rata - Azmin

KUCHING: Persaingan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak dilakukan di atas padang yang rata, apabila agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia terus diperalat untuk kepentingan parti pemerintah.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin sekiranya proses pilihan raya dijalankan secara telus, Pakatan Rakyat mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik.

“Sekiranya persaingan pilihan raya kali ini diadakan di atas ‘padang permainan yang rata’, Pakatan Rakyat akan berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional,” jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan KEADILAN di Satok malam tadi.

Beliau mengutuk tindakan SPR, yang tidak mengeluarkan Borang 14, iaitu borang pengesahan undi di setiap saluran mengundi, kepada pegawai-pegawai KEADILAN. Malah katanya, kejadian tersebut berlaku di hampir seluruh kawasan yang ditandingi parti itu.

“Pegawai pilihan raya tidak membenarkan wakil parti atau ejen pengundian untuk mendapatkan borang 14, sedangkan di bawah undang-undang pilihan raya (12 B) jelas menunjukkan bahawa SPR wajib untuk mengeluarkan borang 14, kepada wakil yang bertanding, tetapi ia tidak dilakukan.

“Ini menimbulkan keraguan kerana angka-angka yang tercatat di dalam borang tersebut boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya juga menghubungi SPR berulangkali untuk mendapatkan penjelasan, tetapi sehingga selesai proses pengundian kita tidak mendapat sebarang maklum balas,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.

Beliau memaklumkan KEADILAN akan meneliti perkara tersebut dan akan mendapatkan maklumat daripada ejen pengiraan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Saya sangkakan ia hanya kes terpencil yang bermula di DUN Asajaya. Tetapi, selepas jam 2 petang, kami mendapat maklumat bahawa arahan diberikan kepada semua pegawai SPR untuk tidak memberikan Borang 14 kepada ejen pengundian KEADILAN.

Berhubung keengganan SPR untuk melakukan kiraan semula undi di DUN N65 Senadin yang hanya berbeza dengan 58 undian, Azmin berkata, pihaknya bercadang untuk membuat bantahan rasmi.

“Kita akan dapatkan maklumat daripada ejen pengundian dan membuat bantahan rasmi dalam masa terdekat,” ujarnya.

Azmin tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan ‘imbuhan’ pada saat-saat terakhir yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

“Contohnya di rumah panjang Juman, Sungai Assap dalam DUN Belaga yang terdiri daripada mereka yang dipindahlan dari Ulu Bakun. Mereka telah menetap di rumah panjang dan menunggu selama 12 tahun untuk mendapatkan pampasan tanah.

“Selepas satu hari lawaatan saya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing datang dan menyerahkan cek kepada penduduk kampung. Mungkin itulah sebab utama keputusan di kawasan tersebut berubah,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11620

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails