Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, April 1, 2011

Saya tidak hidup mewah - Taib Mahmud

Adakah boleh seseorang itu mengaku dirinya hidup secara sederhana jika beliau hadir hanya untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin dengan menggunakan Jet peribadi dari jenis Jet Lear dari Kucing ke Pulau Pinang?


Ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperhebatkan lagi penafian berhubung dakwaan-dakwaan rasuah yang dilemparkan ke atasnya di alam siber. Kali ini penafian berkenaan dimuat-naikkan di laman web rasminya.

Tiga video berkenaan yang sepanjang lima minit setiap satu melalui YouTube dengan nama Chiefministertaib disiarkan di www.chiefministertaib.sarawak.gov.my pada Rabu lalu.


Wajah penemuramah yang bertutur dalam slanga British itu ditunjukkan dalam video berkenaan.



Dalam video bertajuk 'Ketelusan kewangan' itu, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai gaya hidup yang mewah seperti didakwa.


Malah, ada rakyat Sarawak yang tinggal di rumah yang lebih baik daripada dirinya, kata Taib lagi.

“Apa awak maksud mewah? Sesiapa yang pergi Sarawak akan melihat bahawa tidak ada atap atau bumbung bocor dan rumah-rumah dibina di merata tempat.

“Rumah yang berkualiti dibina merata tempat. Saya (tinggal) di satu daripadanya (tetapi) ada lagi rumah yang lebih baik daripada rumah saya. Ada perangkaan, sila semaknya,” kata Taib.

Menurut ketua menteri itu, jika benar beliau mengamalkan rasuah seperti yang didakwa, rakyat sekelilingnya akan mempunyai sikap berlainan terhadapnya.

“Ini bukan sikap atau sambutan yang diberikan kepada seseorang yang sepatutnya mengamalkan rasuah, amat tamak, tidak!”

“Jika kita lakukan perkara tidak baik, saya tidak akan bertahan untuk tempoh masa yang lama.

Awak tak boleh sembunyikan jenayah... sembunyi salah guna kuasa untuk hampir 50 tahun. Ia melukakan,” katanya.


Malaysiakini

8 comments:

azman kamarul said...

Beginilah cara semua pemimpin bnumno bercakap.Mereka membersihkan diri dengan alasan tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah dimuka bumi ini.
Seingat aku, pemimpin umno yang dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan adalah DSAI itupun setelah dipecat dari jawatan TPM.

Anonymous said...

Rakyat tidak persoalkan cara hidup tapi cara pengumpulan harta yg "MELAMPAU" dari pendapatan ...

Anonymous said...

pala bana la ko ni ....
tunggu lah pilihanraya nanti...org2 serawak semua dah pandai2....

shukri hidayat said...

mungkin bagi dia belum cukp mewah

Anonymous said...

tlg samapaikan mesej ni kat taib kemut tu...kepala bu*** hg

Anonymous said...

isteri muda arab dia akan dapat habuan besar kalau dia dah tak ada nanti?

MATauge said...

DI SARawak sesiapa ingin hidup senang luu ampulah wakil rakyat cium kaki busuk dia tu pasti senang punya asal jgn amput entot2. org s`wak pandai2 bodek lebih lagi kakitangan awam nak buncitkan perut kot..

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad said...

Biasa la tu.. duit bagi wak minang bini arab..

Archive

Related Posts with Thumbnails