Thursday, April 21, 2011

Saya sedia di tentang - TG Haji Hadi

Menurut Tuan Guru Haji Hadi beliau sedia untuk ditentang jika ada sebarang pencalonan bagi jawatan Presiden PAS kerana baginya beliau tidak mahu menjadi pemimpin selamanya..

Sikit sebanyak apa yang jelas disini ialah TG Haji Hadi sanggup melepaskan jawatannya jika beliau dikalahkan dalam pemilihan itu atau dalam lain perkataan beliau bukanlah gila jawatan...

Cuma diharap tiada budaya cantas mencantas yang diamalkan didalam PAS, seperti yang kelihatan diamalkan dalam sebuah lagi parti di dalam Pakatan Rakyat tu..

Kononnya sebagai ahli anda berhak untuk bertanding, tapi bila bertanding anda kalah maka karrier politik anda di dalam politik juga bakal dikuburkan kerana anda kemungkinan besar akan di cantas dan dinafikan terus sebarang jawatan walaupun melalui lantikan..


Ini kerana anda telah menentang pihak yang menang, banyak tempat yang telah berlaku situasi ini paling jelas kelihatan di Sarawak baru-baru ini..

Biarpun anda mempunyai pengaruh di akar umbi itu semua tidak menjadi halangan buat pihak yang lebih tinggi untuk menguburkan karrier politik anda.. tak percaya? Sila lihat di SINI..

Kerana bagi mereka ahli yang boleh dicucuk hidung memudahkan kerja mereka.. tak perlu berbalah jika mahu melaksanakan apa jua agenda..

Tidakkah ini tiada bezanya dengan apa yang diamalkan oleh UMNO?


Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan

KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.










TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails