Thursday, April 14, 2011

Sarawak : Najib tak mampu tolak Taib




14 APRIL : Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan sebarang kepincangan dalam kempen Barisan Nasional adalah berpaksi kepada keengganan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, meletak jawatan secepat mungkin.

Kit Siang turut menyatakan betapa pengunduran Taib dari jawatan itu merupakan 'satu-satunya' isu dan senjata berkesan menentang Barisan Nasional dalam PRN ke 10 ini.


Malah menurut Kit Siang, hakikat itu turut disedari oleh Perdana Menteri Najib Razak tetapi nyata beliau tidak berupaya mempengaruhi Taib untuk berundur.

"...Yang menyatukan rakyat Sarawak tidak kira bangsa atau agama (ialah mereka menolak Taib)…bukanlah kerana umur Taib atau tempohnya menjadi Ketua Menteri tapi kerana kurang kebertanggungjawaban, ketelusan dan tata kelola baik di bawah pemerintahannya,”kata Kit Siang.

Beliau hadapi pelbagai tuduhan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang tidak berjaya dinafikan olehnya,” tambah Kit Siang.

"Bukannya Najib tak sedar kelemahan Barisan Nasional ini tapi beliaupun tak berupaya membuat Taib mengundurkan diri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad 'mengingatkan' Taib mengenai beberapa kekalahan BN kerana ketuanya tidak mahu mengundurkan diri.

Mahathir merujuk kepada seorang Menteri Besar yang tidak mahu mengundur diri selepas 25 tahun menerajui negeri itu dan akhirnya ditolak rakyat.

Kit Siang menyatakan rancangan Najib untuk 'mengikat Taib' supaya mengundurkan diri lebih awal dipatahkan oleh Ketua Menteri itu.

Najib berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa Taib akan mengundur diri walaupun terdapat laporan Taib hanya akan berundur dua atau tida tahun lagi.

"Contohnya, bila Najib 'menutup' Putrajaya selama enam hari, dan bawa seluruh kabinetnya ke Sarawak untuk berkempen bagi PRN ini, mesej pertamanya ialah menyatakan rakyat Sarawak pertukaran kepimpinan negeri dalam tempoh terdekat.

"Tapi Taib enggan bekerjasama dan dengan jelas mengatakannya di hadapan Najib, bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berundur dari jawatan Ketua Menteri 'dalam temph terdekat," kata Kit Siang lagi.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails