Thursday, April 14, 2011

Sarawak : Berita yang diharamkan siar oleh BN.


Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.


Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang.

Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.


Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak. "Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails