Wednesday, April 6, 2011

Sarawak : Anak kecil mandi di lopak...

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Diwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, bawah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.


Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu. D

alam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

Ayang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails