Monday, April 11, 2011

Sarawak : 50 : 50 kini realiti...


Ketika DUN Sarawak dibubarkan, aku secara tak sengaja telah bertemu dengan seorang Pemimpin (Pemimpin bukan Pencacai ya...) UMNO Permatang Pauh, aku tanya dia berapa peratus keyakinan BN untuk mengekalkan kuasa di Sarawak?

Dia jawab "50:50".. aku tanya pasai apa? kata dia "Taib Mahmud punya pasai la... orang dah tak percaya kat dia.. banyak sangat isu.. nak pertahan macam mana?" kini semakin jelas ada kebenarannya jangkaan kebanyakkan Pemimpin UMNO itu sendiri.

Kedudukan BN Sarawak kini 50:50


Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak.

Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.

Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily.

"Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.

Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem “Hantu Mak Limah balek Kampong”.

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya. "Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

"Bak kata orang-orang bae (bintulu) “ yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur” ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.


Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu


Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal

Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak.

Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

"Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

"Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails