Saturday, April 23, 2011

Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri

IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.


Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.

Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.

Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails