Monday, April 4, 2011

PRK perlu diadakan semula di Galas..

Bukan pasal YB baru mereka sudah meninggal dunia atau ditangkap kerana rasuah.. tapi kerana jambatan gantung dah runtuh.. ada PRK adalah jambatan baru..

Jambatan runtuh paksa Orang Asli harungi sungai

GUA MUSANG: Seramai 400 penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di sini kini berdepan dengan kesulitan apabila jambatan kayu gantung di kawasan mereka runtuh dilanda banjir lumpur, empat hari lalu.

Berikutan kejadian itu, kebanyakan penduduk dari Kampung Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil, terpaksa berulang-alik untuk menghantar dan mengambil anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke dengan mengharungi Sungai Belatok.


Mereka merayu kerajaan supaya mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung yang runtuh itu kerana bimbang keselamatan anak mereka yang kini menaiki perahu dan sampan untuk ke sekolah.

Seorang bapa, Ronggen Alang, 51, berkata air sungai naik mendadak disebabkan banjir lumpur yang dipercayai berpunca dari hakisan akibat penerokaan tanah selain hujan lebat selama lebih enam jam di kawasan mereka.

"Banjir lumpur itu memang menakutkan semua penduduk. Pada 11 malam kejadian bunyi air sungai yang amat kuat dan ia memusnahkan jambatan gantung yang menjadi perhubungan penting penduduk dari tiga kampung berdekatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ronggen berkata, tidak ada rumah penduduk yang tenggelam kerana masing-masingnya berada di tempat tinggi dan selamat.

Raefaah Salam, 43, berkata, sejak jambatan gantung itu runtuh, penduduk terpaksa mengharungi sungai yang arusnya deras. - BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails