Wednesday, April 20, 2011

Presiden KIMMA sila buktikan dakwaan anda!!

PULAU PINANG: KEADILAN Jelutong hari ini mencabar Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader supaya mendedahkan individu yang didakwanya pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang, semalam.

Setiausaha KEADILAN Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin dalam kenyataanya berkata, Syed Ibrahim perlu tampil ke depan sekiranya perkara yang dinyatakannya benar dan beliau perlu menjawab beberapa persoalan.

“Jika benar beliau jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan menjawab tiga perkara berikut.


“Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang didakwa menawarkan imbuhan RM 55 juta kepadanya. Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kepada Pengerusi Kimma Negeri di negeri yang dipimpin PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan,” katanya Khairil Anuar.


KENYATAAN MEDIA.
19 April 2011

Isu : BUKTIKAN Pembangkang pernah tawar RM 55 juta kepada KIMMA.
Berdasarkan petikan akhbar (Utusan Malaysia ; Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6

Terima kasih kepada semua Rakan Media yang sudi hadir pada petang ini untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan ke arah menyuburkan demokrasi dan melahirkan Malaysia yang baru yang bebas dari fitnah,rasuah, pembohongan, kekejaman dan ketidak adilan.

Susulan kenyataan media oleh Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Datuk Syed Ibrahim Kader yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6,

PKR Cabang Jelutong mencabar Datuk Syed Ibrahim Kader, jika benar beliau seorang yang jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan untuk melakukan dan menjawab tiga perkara berikut :

1.Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan imbuhan RM 55 juta kepada beliau.

2.Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kepada Pengerusi KIMMA Negeri di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan.

3.Jika benar dakwaan ini, mengapa beliau mengambil masa yang lama setelah beberapa tahun untuk tampil mendedahkan perkara ini.

Apakah ada sesuatu yang tersirat disebalik pendedahan ini ?

PKR Cabang Jelutong menasihatkan kepada Datuk Syed Ibrahim jangan berpolitik seperti “gasing tiada paku” kerana ianya akan merugikan beliau dan KIMMA itu sendiri.

Jangan biarkan diri sendiri dan KIMMA diperalatkan oleh UMNO Barisan Nasional demi kepentingan politik sempit mereka.

Beliau juga harus sedar bahawa pada zaman pemerintahan Tun Mahathir KIMMA tidak diktiraf sebagai Parti Komponen Barisan Nasional.

Tetapi sekarang apabila UMNO Barisan Nasional berada dalam keadaan yang tenat, KIMMA diterima dan diberi kelulusan permit untuk membawa masuk pekerja asing dari India dan Bangladesh.

Apakah ini satu perancangan jahat yang licik untuk memastikan PRU 13 kekal milik UMNO Barisan Nasional ?

Ubah Sebelum Parah ! Ubah Demi Maruah ! Ubah Sekarang ! Selamatkan Malaysia !

Sekian terima kasih.

Setiausaha PKR Cabang Jelutong
djkhairil@gmail.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails