Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.
Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.
"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini. Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.
Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.
Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.
"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.
Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.
Malaysiakini


5 comments:
poddahhhhh
“Why should I arrest anyone based on what you say? Let us carry out the investigation and then I will decide on the right time and who to arrest,” the Inspector General of Police said to reporters today when asked why the men who claimed responsibility for the video have not been booked (gua ciluk dari blog Din Merican hari ni).
Ismail Omar khabaq ‘’the right time’’, cakap pun macam gangster bagi amaran. Sepatutnya dia khabaq ‘’when the investigation is complete’’. Ni la yang jadi bila polis kerja untuk umno dan bukan untuk rakyat, keadilan/justice dan Negara. Depa ingat mak, bapak, datuk, nenek umno yang bayar gaji depa. Depa lupa yang bagi makan anak bini depa adalah duit cukai rakyat. Depa lagi lupa yang bagi mengtekedarah umno anak beranak pun duit RAKYAT. Lahabau!!
Tulen sudah, siasat sudah,
Buat rakyat merasa gundah,
Wahai Bani melayu akidah dah lemah,
Harapkan penguasa harapan punah.
Heh heh heh... Dah tau dah apa jawapan KPN. "Siasatan polis mendapati bahawa klip video dalam YouTube adalah Tulen. Sekian." Kah kah kah ...
saya sangat malu melihat karenah lucah pemimpin melayu, walapun saya bukan melayu. saya cinta malaysia dan kedamaian tapi saya benci pada konspirasi ala politik dan pemimpin yang haloba.dah tau diri tu pemimpin, bertabiat lah macam pemimpin...
Post a Comment