Wednesday, April 6, 2011

PAS dinafikan kemenangan Kerusi Muara Tuang ?

PAS dinafikan kemenangan oleh SPR apabila TIDAK DIISYTIHAR memenangi TANPA BERTANDING kerusi N15 DUN Muara Tuang meskipun dengan jelas calon BN, iaitu adik Taib Mahmud tidak menyerahan dokumen pencalonan yang lengkap.

Calon PAs ialah Puan Noraini Hamzah.

PAS telah membuat bantahan tiga minit sebelum tamat tempoh masa bantahan iaitu jam 11 pagi ekoran calon BN DS Mohammad Ali Mahmud tidak menyertakan dokumen penyata perbelanjaan/kewangan semasa beliau bertanding pada PR 2006.


Mengikut Akta Pilihanraya, ia menjadi kemestian bagi seseorang calon untuk menyertakan penyataan kewangan berkenaan apabila menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihanraya.

Sehingga ini jam 1 petang, pengurus pilihanraya Mohd Aini Mohamad tidak mengumumkan mestipun jelas menunjukkan kemenangan telah berpihak kepada PAS di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan itu mengikut perundangan.

Adalah dilaporkan bahawa calon BN, iaitu Dato Seri Mohamad Ali Mahmud telah diberi waktu "tambahan" untuk mendapatkan penyata perbelanjaan pilihanraya berkenaan, sehingga diserahkan kepada Pengurus Pilihanraya pada kira-kira jam 1 petang, iaitu telah melebihi waktu bantahan.

- http://perakite.blogspot.com/2011/04/pas-menangi-kerusi-muara-tuang.html

dari Harakahdaily pula..

Mengapa SPR ambil masa sah penyata kewangan calon BN
Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails