Monday, April 18, 2011

Ohh.. Patutlah Malaysiakini diserang DDOS....


Cuba korang baca kedua-dua berita ini.. satu menyatakan Serangan DDOS yang dialami oleh Malaysiakini akan berakhir dan satu lagi berita pula tentang kewujudan media Internet yang menyukarkan BN untuk untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar..

Adakah korang nampak kaitan antara kedua-dua berita ini seperti yang aku nampak? Jawapan bagi kenapa banyak portal yang kelihatan tidak mesra langsung dengan Kerajaan Barisan Nasional diserang dengan DDOS setiap kali pilihanraya jelas di sini..


Serangan DOS berakhir, khidmat penuh MKini esok

Semua perkhidmatan Malaysiakini akan kembali seperti sedia kala esok, selepas serangan berakhir semalam, sehari selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Sejak Selasa lalu, Malaysiakini terpaksa menutup laluan trafik antarabangsa bagi memastikan serangan DOS itu tidak dapat sampai ke pelayan (server) Malaysiakini demi membolehkan pembaca tempatan terus melayari laman web kami.

Namun pembaca tempatan yang menggunakan Blackberry juga terjejas kerana semua laluan trafik telefon bimbit berkenaan adalah melalui pelayan antarabangsa.

"Kita sepatutnya dapat memulihkan semua perkhidmatan menjelang Selasa,” kata ketua pegawai operasi Malaysiakini Premesh Chandran. "Namun cabaran sebenar adalah bagi memastikan serangan seumpama itu tidak lagi berulang.

Kami jangkakan ini akan berlaku ketika kita menghampiri pilihan raya umum,” katanya.- sepenuhnya sila baca di SINI

Baca berita ini pula..

'Media internet sukarkan kemenangan'

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan. Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.- sepenuhnya sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails