Friday, April 8, 2011

Nazri.. Tak mahu bersihkan nama BN dah ke?

Dua hari lepas iaitu 6 April Nazri Aziz beria –ia berkata beliau akan mengesyorkan kepada Kabinet agar suruhanjaya diraja dibentuk bagi ‘membersihkan’ isu semasa sama ada lelaki aksi seks dalam video didedahkan “Datuk T” adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya lagi iannya perlu bagi membersihkan nama Barisan Nasional (BN) selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - isteri Anwar dan Presiden PKR telah menafikan lelaki terbabit adalah suaminya.

Bagaimanapun setelah Anwar menjawab "Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” lain pula jadinya..


Terkejut dengan jawapan Anwar itu dan sedar Suruhanjaya Diraja itu juga bakal menyusahkan Najib..

Hari ini Nazri sudah menukar kenyataannya dan membuktikan kepada kita semua bahawa beliau memang seorang pencacai setia kepada Najib..

RCI hanya selepas lelaki video seks dikenalpasti

Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.

"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.

Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa. "Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails