Friday, April 8, 2011

Najib tak mampu selamat Imej Buruk Taib kerana imejnya sendiri buruk..

MIRI 8 APRIL : Barisan Nasional Sarawak terpaksa bergelut dengan krisis imej Ketua Menterinya yang dianggap sebagai liabiliti terbesar untuk menjamin kemenangan BN pada pilihanraya negeri 16 April ini.

Tambah parah apabila Perdana Menteri dan BN Pusat juga dilihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan imej buruk Tan Sri Taib Mahmud di mata rakyat.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam temubual bersama TV Selangor berkata, imej buruk Ketua Menteri telah menjadi satu beban yang terpaksa digalas oleh pimpinan BN Sarawak sekali gus menyukarkan laluan BN untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya pada 16 April depan.


Ini dibuktikan dengan ketiadaan langsung pemimpin BN Pusat ketika majlis pelancaran manifesto BN Sarawak oleh Taib Mahmud di Sibu petang semalam.

"Tidak syak lagi dilema Barisan Nasional ialah bagaimana menguruskan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Adakah dia menjadi satu beban atau liabiliti kepada peluang dan harapan Barisan Nasional mengekalkan kuasa, bila soalan itu ditanya saya percaya pimpinan Barisan Nasional dari Kuala Lumpur sudahpun terang jawapannya.

"Tetapi Perdana Menteri Najib tidak ada keupayaan untuk berterus terang dengan Ketua Menteri Taib Mahmud kerana segala macam karenah selama 30 tahun tidak memungkinkan lagi popularitinya boleh menjamin Barisan Nasional mengekalkan kuasa.. tetapi dek kerana ketidakupayaan dan kelemahan pemimpin Barisan Nasional Kuala Lumpur dan Perdana Menteri Najib, maka Barisan Nasional Sarawak terpaksa menguruskan beban ini," jelas Saifuddun.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat menambah, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu.

Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu.

Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat. " Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak.

Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.


TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails