Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, April 13, 2011

Sarawak : Media dihalang dari menyiarkan perhimpunan PR!!

Inilah demokrasi Ala 1Malaysia.. Bila sudah goyah sekat dan halang Media dari menyiarkan semua perhimpunan Pakatan Rakyat yang mendapat sambutan rakyat..

Dan buat Rakyat Sarawak terutamanya di Kucing.. Malam esok bertempat di Bandar Baru Samariang Fasa 3, Ceramah Grand Finale akan dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim.. penuhkanlah Bandaraya Kucing itu biar Taib dan Najib terkencing!

Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan


BN yang kini dilihat semakin goyah pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana .


Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.

“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9. Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.

“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.


Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Dasar parti pengecut yg berPM kan Pondan Malaysia yg tak sanggup mengalami kekalahan....kalau anak jantan cuba ON AIR lah kalau berani....perangai dah memang keturunan HARAM JADAH

farid said...

harap2 la semua sokongan org sarawak nie di tunjukkan pada kertas undi nanti...
jatuhkan sumer lahanat2 BN nie,,,,

Archive

Related Posts with Thumbnails