Sunday, April 24, 2011

Kandungan Internet : Kerajaan tak tapis.. cuma DDOS saja..

Hari ini.. Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet.

Jika begitu tahniah buat UMNO/BN kerana mengambil pendekatan yang bijak biarpun hakikatnya untuk menapis kandungan internet itu bukanlah satu pendekatan yang mudah untuk dilaksanakan dan boleh dikatakan Najib memang jujur bila beliau berkata Kerajaan tidak akan menapis kandungan internet.

Ketika kempen Pilihanraya Negeri Sarawak sedang hangat Najib secara terbuka telah mengakui bahawa kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, (baca di SINI).

Kenyataan beliau itu sebenarnya memberikan kepada kita jawapan mengapa beberapa media on-line pro Pakatan Rakyat seperti TV Selangor, Harakahdaily, Sarawak Report dan Malaysiakini telah diserang dengan DDOS.


Malah menurut Nik Nazmi, Keadilan daily juga telah di Hack..

Serangan DDOS itu sebenarnya lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan menapis kandungan internet..

Jadi Najib memang jujur bila beliau berkata Kerajaan tidak akan menapis kandungan internet.. kerana menapis dan menyerang dengan DDOS itu adalah dua ayat yang berbeza..

Menapis melibatkan sebahagian kandungan sahaja tapi serangan DDOS menyebabkan seluruh kandungan yang terdapat didalam Website tidak boleh di acess langsung..

Tak tapis… tapi serang dengan DDOS sajeee…


Najib ulangi jaminan tidak tapis Internet

KUALA LUMPUR, 24 April — Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet.

Sebelum ini ada dua usaha untuk memperkenalkan “Empangan Hijau” ala China untuk mengawal aliran kandungan Internet manakala sebahagian rakyat negara ini minggu lalu membantah langkah Putrajaya menyediakan akaun e-mel 1 Malaysia.

Tetapi ia telah diketepikan oleh Kabinet Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling ‘segar’ dan bebas.

Kata Najib (gambar), beliau tidak pasti mengapa kerajaan-kerajaan lain bertindak tegas terutama jika apa yang diperkatakan menerusi Internet adalah sesuatu menyakitkan.

“Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails