Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, April 5, 2011

Jam Omega Ada Pada Saya - Wan Azizah

Tadi ada dua atau tiga orang pencacai UMNO yang bertanya.." Dimana jam Omega?".. nah bacalah..



KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.

Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.


Wan Azizah mengesahkan “kami ada jam itu dan tidak ada (kehilangan jam).’tegasnya. Namun jawapan itu tidak memuaskan wartawan berkenaan yang seterusnya mendesak supaya ditunjukkan jam tersebut.

Wan Azizah secara tenang membalas bahawa ... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut,” berada dalam simpanannya.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, wartawan berkenaan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media.

Ahli keluarga Anwar hanya menggeleng kepala kepada persoalan yang ditanya secara biadap itu.

“Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?” kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang “menjijikkan” .

"Saya rasa soalan anda juga membayangkan anda tidak menghormati keadilan. Saya duduk di sini untuk lihat media bersekongkol untuk jatuhkan Anwar,Saya tidak boleh terima sebagai rakyat Malaysia tentang situasi sempit ini di mana kita mempunyai banyak lagi perkara untuk dilakukan. Orang yang pakai seluar atau tidak menjadi isu utama negara ini. Saya rasa banyak perkara lain yang kita perlu buat," kata Khalid.


TVS News

17 comments:

Anonymous said...

Untuk orang yang kurang ajar camni, kena bagi jawapan kurang ajar.

Nak tengok jam tangan, pergi kat kedai jam kana sana berlambak jam, pilihlah yang mana suka, pas tu jangan lupa bayar pulak.

Anonymous said...

layarilah www.freemalaysiakini.com

percuma dan terkini setiap hari

Anak kg Pertama said...

Memang semua orang percaya dan ada yg tak percaya jam tu masih berada pada DSWA, TAPI...buktikan DSWA..tunjuk pada umum jam omega tu..awat berat sangat ke? besar sangat ke? susah sangat nak bawa?..atau tiada? Baru orang percaya..banyak sangat dok nafi, orang pun dok fikir bukan2, kalau kita benar tunjukkan kebenarannya..apa nak takut..Allah akan bersama pada pihak yang benar..

Setiap hari orang sembahyang hajat minta kebenaran...kini telah datang kebenaran yg jelas

Anonymous said...

Video sex anwar dimuatnaik lagi kat utube bertajuk- video sex anwar ibrahim.flv by lam8029. Sudah saya bilang tak usai layan benda2 ni. buat tak kisah, slumber2 aja. Mari kita tumpu kat Prn Sarawak.. horay!!!

Kalau nak layan pun, kak zizah biar beri jawapan loyar buruk, perli sama dia , BIAR BERNANAH HATI PENCACAI UMNO tu, PR menang pskologi.

Anonymous said...

salam.. sebenarnya kita rakyat malaysia telah dizalimi pemikiran kita dengan fitnah video lucah, maka bersama2lah kita berdoa kehadrat Illahi agar hancurnya atau diberi petunjuk kepada manusia yang terlibat ini.
doa orang yang kena zalim... bimbang bala menimpa tak mengira siapa. Nauuzubillah.

noh said...

btw sejak 1998 hingga kini aku dah semakin hilang kepercayaan terhadap dia.isu nya sgt mudah di selesaikan.sumpah laknat,serah DNA,tunjuk jam..kita org islam kan.tak payah lah ckp belit2.pasang lawyer berderet2.makin banyak helah makin nampak jelas pembohongan nya.

Anonymous said...

aku ingat masa DSAI di tuduh meliwat saiful bukhari, DSWA dengan seberapa SEGERA dan pantas menunjukkan kepada semua wartawan gambar saiful dan pegawai khas najib dalam blackberry kepunyaan DSWA.

jadi untuk mematikan isu jam ni, aku rasa DSWA tunjukkan lah sahaja jam itu kepada umum. dah dua press conf tapi DSWA tak tunjuk jam itu.

atau, jam itu dah ada dalam tangan polis?

Anonymous said...

lg sekali ank kg pertama menunjukkn dangkalny otak lu, lu cabar azizah tunjuk jam, wa cabar lu tunjukkn duit lu sbg pencacai

Anonymous said...

kalau saya pun saya tak tunjuk jam tu.. simpan daun sat dulu..

kita jgn habis kan isu video ini.. sbb isu ini dah makan tuan.. tu sbb masuk youtube..

Ada berani bawak lah ke mahkamah? Tenguk berapa lama file dlm tgn Peguam Negara.. Polis kata dah berikan pada Peguam Negara kan??


Kalau tidak boleh buktikan jam tgn tersebut ada dlm simpanan Peguam Negara ada kes Jd apa yg mereka tunggu ..

Anonymous said...

buat apa nak tunjuk jam tu.......lawyer ada strateginya...guna otak sikit..Lu memang bahalul la Anak kpg pertama..

Panglima 7 Pulau said...

apakah bangang sangat noh said ni,awat hang ingat azizah tu bahlul macam hangpa ka?.Hangpa yang jadi lembu puak BN tu tak payah la nak ajak org lain sama.APA BAHLUL WAL BANGANG NI.

Anonymous said...

masing2 ade strategi masing2..yang menjadi makin kalut ada lah rakyat..sepatutnya pemimpin di pilih utk membela rakyat ..tapi ni dah terbalik..rakyat pulak yg kene pikir masalah pemimpin.. WTF

AntiAPCO said...

Eskay yang mengaku dia adalah orang kedua/ketiga dalam video tersebut. Kenapa tak tekan eskay, pastikan kat mana hotel, dimana bilik itu. Semua hotel mesti ada kamera kawalan keselamatan di tempat-tempat umum seperti di lobby, ruang menunggu, kaunter check-in, lorong-lorong laluan ke bilik, malah di tempat parking kereta... kalau video yang ada cuma adegan dalam bilik, SAH penipu! Takkan DSAI masuk bilik ikut tingkap?? Mana gambar-gambar dari lokasi tersebut yang menunjukkan DSAI masuk ke bilik hotel tersebut? eskay kata bilik itu di sebuah hotel di KL (bukan di bangkok!). Sangat mudah untuk mendapatkan fakta-fakta ini... tak perlu Interpol pun. Ataupun video ini sengaja diada-adakan??? Fikirlah sendiri... gunakan lah akal dan logik yang Allah SWT berikan, kalau tidak kita tak lebih dari haiwan yang tiada akal fikiran.

mat said...

Saudara sekalian, tak pasai2 hangpa berperang mulut, kalau berdepan maun berparang.Ginilah dalam hukum islam kena ada 4 saksi yang boleh dipercayai (munafikun takleh). Saksi ini mesti nampak piston bergerak kedalam kebuk, barulah boleh. Kalau takda, sipembawa berita bolehlah dikenakan hukuman qazaf, 80 sebatan. ALLAHUALLAM.

Anonymous said...

Jangan tunjuk jam itu sekarang kecuali perlu. Takut nanti kawak pecah rumah geledah rumah cari jam pulak.kan sebelum ni banyak pejabat peguam telah telah kena pecah dimana dukumen penting hilang. Dalam kawan kawan pun ada banyak kawak. Huluk sikit semua jadi.........

Chee Kuan Tai said...

Kalau dalam hal ni ianya melibatkan seluar dalam anwar....maksudnya kak wan kenalah bawak seluar dalam anwar tu kehulu-kehilir dalam beg supaya kalau wartawan tanya boleh tunjuk????Bangang sungguh wartawan sekarang ni!!!!!!

Anonymous said...

Hoi banggang, takkanlah kakwan nak tipu, jam tu mmg ada ngan dia, tengoklah muka muslimahnya tu, sekali-kali aku x caya yang anwar tu terlibat selagi dia tak balun depan aku, betul tak kawan-kawan? Anwar pernah baca khutbah pa, dia orang alim oooo

Archive

Related Posts with Thumbnails