Thursday, April 21, 2011

Isu Interlok : Muhyiddin BOHONG!!

KUALA LUMPUR, 21 April — Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong apabila bulan lalu mengatakan bahawa kontroversi berkaitan novel “Interlok” sudah selesai.

Kumpulan itu yang terdiri daripada pelbagai organisasi khususnya mewakili kaum India juga mendakwa Kementerian Pelajaran juga telah gagal dalam memberi respons ke atas laporan-laporan yang dihantar mereka, menggariskan alasan mengapa novel itu seharusnya digugurkan daripada silibus kementerian.

Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Hai berkata novel itu pada keseluruhannya menggambarkan kesemua rakyat Malaysia secara negatif, bukan hanya masyarakat India.


Mereka mendakwa novel itu tidak memenuhi kriteria garis panduan asas Kementerian Pelajaran.

“Timbalan Perdana Menteri berbohong... beliau memberitahu Parlimen pada 24 Mac (lalu) bahawa novel itu akan dikekalkan dalam silibus.

“Tetapi apa yang beliau beritahu rakyat Malaysia, berdasarkan laporan media, ialah Interlok hanya akan digunakan selepas pindaan yang sewajarnya dibuat,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Katanya, selaku pengerusi NIAT beliau ada menulis kepada Muhyiddin dan juga Ketua Pengarah Pelajaran untuk membincangkan perkara itu, tetapi tiada pihak yang memberikan respons setakat ini.

“Kami hendak tahu mengapa novel itu dimasukkan ke dalam silibus jika ia tidak memenuhi garis panduan kementerian?

“Adakah beliau (Muhyiddin) hendak memberitahu bahawa kami perlu menerima sampah (novel) ini,” kata Thasleem.

Oleh itu katanya, adalah salah jika Muhyiddin menuduh NIAT “mempolitikkan” isu ini memandangkan kaum Cina juga kini menentang novel Interlok.

Katanya, berdasarkan penyelidikan selama “900 jam” pihaknya, novel itu seharusnya ditarik balik daripada digunakan sebagai teks sastera Bahasa Melayu SPM.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails