Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, April 6, 2011

Hebatnya aku.. tanpa aku NGO Melayu kaku dan Bisu - Arman

Berlagaknya mamat ni... kata duanya kepada NGO-NGO Melayu “Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,”

KUALA LUMPUR, 6 April — Arman Azha Abu Hanifah mendakwa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak ‘cergas’ dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu.

Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi ‘polemik’ sejak kebelakangan ini.

“Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara dengan saya dulu,” kata beliau .


Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.

“Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?” kata Arman Azha lagi.

Arman Azha mengumumkan keputusan melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa Rabu lalu atas alasan mahu aktif dalam politik.

Selain soal Alkitab, kata beliau, beberapa isu lain termasuk yang berkaitan dengan usaha pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga tidak dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

Katanya beliau ada mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan Kampung Baru awal minggu ini.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ini enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dimaksudkan itu.

“Saya tidak mahu sebutkan, tidak...,” katanya.

“Memang ketika di Perkasa, saya ada wujudkan kerjasama dalam membawa isu-isu berkaitan dengan orang Melayu tetapi apabila saya sudah tidak ada, mereka sepatutnya boleh lakukan... tetapi nampaknya mereka perlukan satu dorongan untuk bergerak ke depan (membawa isu),” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Azman Azha, beliau memberi masa sehingga Jumaat ini kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu terbabit untuk membawa isu semasa khususnya yang berkaitan dengan Alkitab.

“Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,” katanya lagi.

The Malaysian Insider

7 comments:

dawai koko+ said...

salam abang sungai derhaka,

hari ni ayat paling kelakar saya jumpa di blog tukar tiub ialah "pehin...pehin nie kepala bana apa".

boleh kah saya mencarut jugak bila baca artikel tentang mangkok hayun nie..."hang merepek kepala bana apa arman pekida oi???"

tq..

Anonymous said...

Kah...kah..kah...Nie bro sapa mau percaya sama lu sekarang...lu nie ahh serupa anjing tau...menyalak sana...menyalak sini...last2 lu makan lu punya taik balik maaa...

TEKONG DARAT said...

http://debatapasaja.blogspot.com/2011/04/di-sebalik-tabir.html

TEKONG DARAT said...

http://debatapasaja.blogspot.com/2011/04/di-sebalik-tabir.html

Anonymous said...

mamatmangkuk hayun

Anonymous said...

Si Mamat lanchow ni nak ugut sapa? Perangai lebih kurang dgn Mamat Ketua Pemuda PAS.

Anonymous said...

Arman si badut kongkang,
mulut bercakap berbau longkang,
Membangga diri konon terbilang,
Ada orang heran otak kau kengkang?

* Ini yang ustaz Ketua Pemuda PAS nak jemput masuk PR. Pikir dulu...Ustaz punya statement banyak lohong sekarang ni...

Archive

Related Posts with Thumbnails