Wednesday, April 20, 2011

Hasil Tarbiyah UMNO..

Inilah yang kita dapat hasil dari tarbiyah parti perkauman Melayu yang terlalu berbangga dengan ketuanan Melayu hingga tidak memperdulikan sensitiviti bangsa lain yang telah bersama kita selam 54 tahun merdeka demi membina sebuah negara yang aman, maju dan makmur..

Adakah pelajar-pelajar ini wajar dipersalahkan sedangkan selama ini kita sendiri telah melihat bagaimana UMNO melalui pemipin-pemimpinnya memainkan isu perkauman? menggunakan istilah yang kurang disenangi oleh bangsa lain terhadap bangsa itu??


Pergaduhan kaum: Pengetua lepas tangan, kata bapa pelajar

SHAH ALAM: Seorang bapa kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini melahirkan rasa kecewa berikutan kegagalan pengetua sekolah berkenaan menangani masalah pelajar-pelajarnya sehingga mencetuskan pergaduhan berunsur perkauman.

Stephen Perumal Velu berkata, kes terbaru berlaku pagi tadi yang melibatkan pergaduhan besar berikutan sekumpulan pelajar memanggil pelajar kaum India dengan kata-kata kasar dan menghina.


“Saya menerima panggilan daripada anak saya sekitar pukul 10.30 pagi lalu bergegas ke sekolah,” kata beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan ketika ditemui di hadapan sekolah itu sekitar pukul 11.00 pagi tadi.

Beliau berkata, “saya tanya pengetua mengapa masalah pergaduhan kaum kerap berlaku sejak kebelakangan ini tetapi jawapannya tidak memuaskan kerana beliau menyalahkan pelajar kaum India.”

Walau bagaimanapun Stephen mendakwa bahawa anaknya berkata bahawa kumpulan pelajar Melayu menghina kumpulan pelajar India dengan memanggil mereka menggunakan perkataan ‘Keling Paria’.

Pada waktu itu, beberapa polis dan ibu bapa pelajar sudah berkumpul di hadapan pintu masuk sekolah selepas mendapat tahu apa yang berlaku.

“Saya tanya kepada Yang Dipertua PIBG dan dia kata dia dan pengetua sedang selesaikan isu itu.

“Tapi tiba-tiba seramai 26 pelajar diserahkan oleh pengetua kepada polis untuk dibawa ke balai polis untuk disiasat,” katanya sebelum beliau sendiri bergegas ke balai polis kerana anaknya turut ditahan polis.

Tinjauan wartawan FMT di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengah hari mendapati suasana tenang.

Wartawan cuba menghubungi pejabat sekolah untuk mendapatkan maklumat tetapi diberitahu oleh pihak sekolah bahawa “saya tak tahu, tak ada apa-apa berlaku di sekolah”.

Apabila wartawan FMT menghubungi Stephen melalui telefon pada 1.00 tengah hari, beliau masih berada di balai polis.

Pelajar-pelajar diberi taklimat

“Kesemua 23 pelajar India dan tiga pelajar Melayu sedang diberi taklimat dan saya diberitahu bahawa keterangan mereka akan diambil sebelum dibenarkan balik.

“Saya sangat kecewa kerana anak saya dan pelajar lain yang tidak bersalah dibawa ke balai polis sedangkan pelajar yang benar-benar mencetuskan pergaduhan masih ada di sekolah,” katanya.

Menurutnya, pengawas sekolah telah menyerahkan kepada polis satu senarai nama pelajar yang benar-benar terlibat dalam pergaduhan itu tetapi mereka tidak dipanggil untuk siasatan.

“Apa yang dilakukan puan pengetua dan YDP PIBG sudah keterlaluan dan sengaja menimbulkan pergaduhan antara kaum.

“Saya akan berbincang dengan semua ibu bapa pelajar terbabit dan akan membuat laporan polis selepas polis melepaskan anak saya dan pelajar lain,” katanya.

Tinjauan wartawan FMT pada pukul 1.30 tengahari mendapati beberapa anggota polis ditempatkan di hadapan sekolah. FMT cuba menghubungi pengetua sekolah tersebut untuk mendapatkan komen tetapi tidak berjaya.

Satu pergaduhan turut berlaku sebelum ini melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan lapan pelajar Tingkatan Empat di sekolah berkenaan.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails