Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, April 14, 2011

Exclusive!! Video interview Raja Petra di TV3..

Video Interview diakhir entry..

Ramai yang marah dan keliru kerana Raja Petra membenarkan dirinya di interview oleh TV3.. Jika kita amati betul-betul apakah tujuan video itu disiarkan .. akan jelas kepada kita hanya satu nama yang ditekankan di sini iaitu Anwar Ibrahim.. Anwar yang kini sedang mengepalai Pakatan Rakyat di Sarawak mara untuk menafikan majority 2/3 BN di Sarawak..

Apabila nama Anwar Ibrahim disebut berulang kali mereka cuba untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia seolah-olah kisah pembunuhan Altantuya itu bermula dari Anwar..

Aku malas nak komen panjang-panjang pasal TV3 biasanya tidak akan menyiarkan sebarang interview yang boleh membawa keuntungan kepada gembalanya iaitu UMNO/BN dan Raja Petra pun masih hidup lagi.

Jadi bersamalah kita nantikan apakah tajuk utama media – media cetak yang dikuasai UMNO/BN esok yang kini telah dilarang dari menyiarkan sambutan rakyat Sarawak terhadap kempen Pakatan Rakyat di Sarawak..


Berikut adalah transcript interview yang terdapat di www.tv3.com.my

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwarleftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu inidia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

15 comments:

Yob said...

another umNO/BN scam!!

Anonymous said...

tak payah komen2 la..kalau dah bengap sangat..
cete simple pun koa tak faham..
tobat la weii..
tak payah nak spin2 lagi..

Anonymous said...

Hai, boleh masuk tv3 lagi, ada bahagian 1 dan 2 lagi..maknanya sekarang ni dari kefahaman bacaan aku Nik Azmi, John Pang, Din Merican dan pegawai perisik angkatan tentera,Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang beri RPK maklumat tu dan Anwar Ibrahim dapat maklumat tentang penglibatan Rosmah dalam kes Altantuya tu dari diorang juga dan dia bagi green light kepada Din Merican supaya RPK buat akuan bersumpah tu..Camne pulak RPK boleh kata orang paksa dia buat akuan bersumpah!!.. takde sebab pulak orang nak paksa dia pun dan aku tak nampak pulak ada unsur-unsur paksaan pun!!...yang lucunya bila dia kata takkan Rosmah nak naik bukit turun bukit dan masuk hutan tengah malam sebab tempat Altantuya kena letup tu sebenarnya kereta pun boleh masuk..sekarang ni tempat tu lebih kurang 15 kaki je dari jalanraya..masa tu aku ingat jalan tu belum dibuka lagi tapi kereta dah boleh masuk pun..

AnakPolis said...

Aku pernah cakap dulu. Sekarang aku cakap balik. RPK ni dah rasa boring duk lama-lama kat luar negeri. Silap-silap pulus pun dah ada. Jadi sebelum balik ke Malaysia tu kenalah jek-jek sikit UMNO/BN dan Najib ni. Kalau tak, alamat kena tangkap la dia tu bila balik nanti.

Anonymous said...

Bingai punya Lt Kol if the allegations of Raja Petra are true,they should be true;its not uncommon of people to 'defect' like Raja Petra did.The ATM officer involved operate pun x tahu, belum perang lagi, dah kantoi, kena exposed, Kementah should pecat dia.Involved dalam politik pula tu, and sokong pembankang,he should concentrate on his job like efforts of countering enemies' intelligence opertions, not politicking!Salam.
Salam Dunia,

Autonomous Blogger

Anonymous said...

ha ha ha... itu strateji RPK lah. Tunggulah berikutannya. Sabar. hehehe...

cekli@abg chor said...

KITA TUNGGU DAN LIHAT PERMAINAN SETERUSNYA...........BIAR ALLAH SAHAJA YANG AKAN MENGHAKIMINYA.

Anonymous said...

sapu , sapu lepas tu serah balik maklumat pada pakatan.

Anonymous said...

KAlu kes macam ni , patutla buat RCI, btul tak, ini UMPORNO ngok suruh buat RCI untuk kes maksiat. Apara punya mental.

Anonymous said...

Tak da angin tak da ribut, sanggop masuk ISA, tinggal dalam buangan, tiba2 kata dia berbohong kerana Anwar yang suruh..Berapa dia dapat? apa muslihat dia belum pasti lagi, Yang pastinya kenyataan dibuatnya telah membantu najib dan mengenakan anwar. Pendiriannya sedah berubah. Ada orang kata ' heart and soul can be bought as long as the price is right'

Anonymous said...

Point Raja Petra ialah apabila SD ini dikeluarkan mengapa tiada siasat dilakukan?!! Isunya MENGAPA.. MENGAPA SD ini tidak disiasat?!! Mengenai penglibatan sekumpulan pihak tertentu dan juga anwar (didakwa beliau)ialah ianya menjadi isu kedua..

saudara-saudara, dengar kenyataan beliau.

Anonymous said...

Dalam blog MSO beberapa bulan lalu, aku masih ingat satu artikel tentang najib dan Rosmah ke Australia kononya ada perjumpaan dengan RPK.MSO ni banyak info, dan sekarang kita semua boleh lihat dan dengar bagaimana RPK membuat pusingan U. Dari seorang bloger yang hebat, keturunan raja pulak tu, sekarang dah jadi seperti ayam kalah sabung. Inilah hakikat orang yang berjuang diatas dasar bukan islam. Aku tak nak kutuk RPK, itu hak dia cuma satu saje nak bagitau, duduk tempat orang ni kalau takde income yang banyak, susah satu botol mineral water 2 dolar aus. cuba bayangkan, hari2 kena soru klau tak dak duit lapar wooo. RPK bukan wali ,dia insan biasa saje,dia pun keturunan melayu jugak,macam kita. Melayu ni perasaannya halus, lebih2 lagi bila dengar takbir raya, meleleh air mata kat negeri orang! So, logiklah kalau RPK buat spin pun,berjuang menentang kerajaan pun bukan dapat apa, melainkan orang yang kuat iman saja.Orang yang yakin dengan hari kebangkitan semula, sudah pasti tidak takut, lebih2 lagi yang mengejar syahid. Jadi janaganlah gusar, RPK pun perlu ketenangan juga, hidup dalam ketakutan,macamana nak survive.Apa2 pun ikut pandai RPKlah , dia besar doh, akal panjang dah, kalau tidak takkan orang gelar king bloger, tapai sekarang ikut kata MSO, dah jadi king Burger. kah,kah,kah

ku2 said...

rpk is a son of a bitch. how can u trust tv3suku.. hmm. whatever it is, Allah is the Greatest Schemer.

Anonymous said...

BN dan NAJiB sdh tdk tahu cara lain utk meraih undi...... TAMAK.. lg elok DATO ANWAR jd PM kita..menteri2 bn berbaiklah dgn dato anwar.. dato anwar jd PM nanti, pecahlah tembelang,ramai yg akan ditangkap oleh BPR

Anonymous said...

BN dan NAJiB sdh tdk tahu cara lain utk meraih undi...... TAMAK.. lg elok DATO ANWAR jd PM kita..menteri2 bn berbaiklah dgn dato anwar.. dato anwar jd PM nanti, pecahlah tembelang,ramai yg akan ditangkap oleh BPR

Archive

Related Posts with Thumbnails