Saturday, April 30, 2011

Eskay! dah berhenti minum arak belum?

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik.

Bercakap di hadapan lebih 3,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.

"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.

"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.


Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?

"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.

"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.

Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails