Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, April 21, 2011

Emel 1Malaysia bukan percuma sepenuhnya

Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan.

Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".

Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu.


Dalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari Malaysiakini, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu “tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna”

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman.

Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.


Malaysiakini

1 comments:

Hantu Altantuya said...

Encik Khairun Zainal Mokhtar, tulun register id email akak cam ni altantuya@1Malaysia.my.. cepat skit ye... tak sabar nak email story mory akak kat Abg Najib... ok.. luv u..

Archive

Related Posts with Thumbnails