Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, April 18, 2011

DAP Racist?.. Alahai.. Kesian Tun...

Sehari sebelum hari pengundian bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, Tun Mahathir telah dibawa ke Sarawak bagi membantu kempen jentera Barisan Nasional..

Malangnya Tun Mahathir yang diharapkan membantu menghentam pula Taib Mahmud, katanya Taib Mahmud sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat bila Rakyat kelihatan mula membencinya kerana menurut Tun beliau berpengalaman berhadapan dengan cabaran yang sama ketika memimpin Negara 22 tahu lamanya..

Hari ini didalam satu posting yang disiarkan didalam blognya, Tun mengucapkan tahniah kepada Taib Mahmud dan juga Tahniah kepada DAP kerana telah berjaya menjangkitkan virus racistnya kepada masyarakat Cina Sarawak pula..


Kesian Tun.. dah lupa rupanya.. kalau DAP dikatakan racist atau perkauman.. perkauman yang macam mana pula? Kerana dalam DAP sekarang ada Cina, ada India, ada juga Sikh dan ada juga Melayu..


DUN Sarawak: Kaum Cina dijangkiti ‘virus rasis’ DAP, dakwa Mahathir
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak. Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.

“Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu.


The Malaysian Insider

1 comments:

tony said...

Orang tua ni dah nyayuk giler. X perlu dengar kata2 dia dah. Dah lama dah !!!

Archive

Related Posts with Thumbnails