Friday, April 29, 2011

Bukan Hantu lah Bro.. tapi Eskay..

Milo Suam dalam satu entrynya telah mempersoalkan akan kehadiran seseorang yang dianggap sebagai hantu di dalam bilik sebuah hotel ditengah-tengah ibu kota atau menurut polis sebuah kondominium dipinggir kota ketika rakaman aksi seks seorang lelaki yang didakwa sebagai Anwar Ibrahim sedang berjalan..

Antara tulisan Milo Suam didalam entrynya yang bertajuk “Gempar! Hantu muncul dalam video seks part 2” ialah “Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air



Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu. artikel penuh sila baca di SINI

Benarkah bilik tempat rakaman video lucah itu dijalankan berhantu?

Ketika difasa permulaan pendedahan video lucah tersebut kepada umum kononnya untuk menzahirkan kebenaran, salah seorang dari ‘Three Stooges’ itu iaitu Eskay telah mendakwa beliau telah terjumpa video tersebut didalam sebuah perakam yang kononnya tersimpan didalam laci meja solek di dalam bilik itu..

Kononnya beliau telah diarahkan ke bilik itu untuk mengambil seutas jam tangan jenis Omega yang dipakai bersama dengan kad pendaftaran bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa jam itu ‘Ori’ oleh lelaki tersebut.

Eskay gagal menemui jam tersebut tetapi setelah terlihat wayar berselirat di belakang meja solek itu menuju ke lacinya, beliau mengumpil laci tersebut lantas menemui video atau tape didalam sebuah perakam yang tersorok didalam laci itu.

Cerita dari sebuah blog yang dulunya penyokong kuat PAS Kelantan tetapi beralih arah setelah dipecat dari jawatannya mengatakan Eskay tidak boleh melihat kandungan didalam video itu dan hanya boleh melihatnya setelah dibantu oleh seorang rakan tiga hari kemudian.

Itu cerita Eskay diawal pendedahan untuk menzahirkan kebenaran kononnya, beliau berkata beliau terjumpa video itu..

Cerita diawal pendedahan itu amat berbeza dengan apa yang dinyatakannya kepada TV3 seperti yang tersiar dalam bulletin utama 28 April.

Menurut apa yang disiarkan oleh TV3 “Kata Datuk Shazryl Eskay, beliau berani bersumpah kerana beliau turut berada di tempat kejadian.

"Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya berada di lokasi juga dalam paparan itu. Demi Allah, tindakan kami semata-mata untuk menzahirkan kebenaran bukan sekali memfitnah atau memenuhi kepentingan pihak tertentu atau peribadi." - TV3

Jadi… bukanlah hantu yang turut berada didalam bilik itu.. Tapi Datuk Shazryl Eskay..

Pengakuan yang menjelaskan kepada kita bahawa pelaku aksi lucah itu mempamirkan aksi seksnya kepada Eskay untuk dirakam dan adalah mustahil Eskay yang turut berada sama didalam bilik itu sehingga meminta tisu untuk mengesat apa yang patut tidak menyedari terdapatnya wayar yang berselirat dibelakang meja solek itu…

Aku ulang kenyataan dan persoalan yang ditimbulkan oleh Milo Suam.. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim, logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails