Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, April 3, 2011

BN yakin rampas balik Pulau Pinang - Najib

Pengerusi BN itu berkata, beliau yakin dengan kemungkinan itu sebab banyak pihak kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

Banyak pihak kecewa?? di Pulau ini memang banyak pihak yang kecewa dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat, mereka kecewa kerana selama ini mereka memperolehi projek tanpa melalui tender..

Hanya perlu ada kabel politik dengan pemimpin UMNO..

Sebaiknya Najib berusaha menyatukan UMNO Permatang Pauh itu dulu yang kini terbelah tiga sebelum bercakap untuk merampas kembali Pulau Pinang..

BN yakin rampas balik Pulau Pinang, kata Najib

GEORGE TOWN, 2 April – Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas balik Pulau Pinang, yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) tiga tahun lalu, pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.


Pengerusi BN itu berkata, beliau yakin dengan kemungkinan itu sebab banyak pihak kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

Katanya, sudah ada sentimen ke arah itu dan mahu sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kelak.

“Kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan (undi),” kata Perdana Menteri pada sidang media di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.

Najib mengadakan lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini.

Dipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Kata Najib, angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.

Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.

Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, yang dianggotai PAS-PKR-DAP pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.


The Malaysian Insider

8 comments:

Mohd Shukor Mahamud said...

Rasa saya DS Najib ni is out of touch.Manakan tidak, dia di besarkan dalam keluarga orang kaya, kaum pemerintah, dan bangsawan.

Beliau memasuki alam kaum elit dalam usia yang muda.

Beliau tak sangat merasai susahnya kita orang bawahan nak dapatkan rm 30 kena memerah kederat seharian. Beliau juga tak pernah merasa, antara beli ikan sekilo di pasar dengan terpaksa memancing seharian di sungai. Beliau juga mungkin tidak pernah merasa minyak moto cukop cukop untuk nak gi kerja esok dengan nak beli setem pos borang self adress anak nak sambung belajar.

Orang orang yang menasihati beliau juga sudah perit perasaan agar didengari.

Anonymous said...

Kah...kah...kah...statement yg syok sendiri....hello Bini Najib...yang ramai2 kat situ bukannya nak mai dengar hang merepek tak tentu pasal sbb depa tu mai kat astaka tu sebab nak menjamu selera....habis tu dlm t.v boleh dok habaq rakyat dah terima BN bali...kak puihhhh....Orang melayu mana yg nak sokong hg bro...melayu UMNo aja lah...aku dah hilang selera nak mkn dgn family aku bila tgk depa dok gantung banner kata BN & RM mai astaka Tmn. Tun Sardon mai utk program tinjauan mesra pd pukul 9:30 pagi

Anonymous said...

Dipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Kahhh...kah...kah...apalah mamat nie dok merepek...elok lah dgn newspaper tu pun sebab depa tak pernah mai makan kat situ...suruh depa mai tiap2 hari tgk ramai ke tak customer yang mai makan kat situ...nie bro...orang nak makan pun sampai tak cukup meja tau...apa punya bangang...ingat MELAYU lanie mcm MELAYU zaman mak bapak hang kah Najis boleh dok percaya cakap hgpa nie...pirahhhh

pocongraya said...

ELEH! ADA HATI NAK RAMPAS PENANG.KORANG DAH NAIKKAN PETROL NAIKKAN AYAM,ITIK,LEMBU.TAPIR,TUPAI. SUSAHKAN HIDUP RAKYAT.CITE PLAK NAK RAMPAS PENANG,BOLEH JALAN LAH BN.HARAP JE PM MELAYU TAPI ASYIK BUAT FITNAH SESAMA MELAYU.HJ ZULKIFLI NORDIN MANA?AYAM MAHAL SOKONGLAH 110 PERATUS

Anonymous said...

Ingatkan Pak Pandir jer yang banyak tapi kesian PM pun kuat berangan ...kah kah kah

Anonymous said...

Ingatkan Pak Pandir jer yang banyak berangan tapi kesian PM pun kuat berangan ...kah kah kah

kamisokongpas | O | said...

salam...blog anak sungai derhaka sudah dilinkkan di blog saya.

Harap dilinkkan kembali blog http://propartiislammalaysia.blogspot.com di blog ini

Anonymous said...

Hi korang, mungkin persepsi korang cendurung pd pakatan tapi dari persepsi dan pengenalan dgn akar umbi terdapat ramai yg tak puas hati kerana isu2 remek2 spt jalan tak elok, harga barang naik dsbnya...memang ini semua tak bersangkut dgn pakatan tapi masih ramai manusia yang bodoh dpt ditipu oleh Barisan Najis. Salam.

Archive

Related Posts with Thumbnails