Thursday, April 28, 2011

BN hanya kejar keuntungan

Kenyataan Media dari Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 28 April — DAP mendakwa laporan perlombongan nadir bumi bakal dimajukan di Bukit Merah dekat Ipoh ketika isu loji Lynas Corporation masih panas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat negeri ataupun pusat hanya “mengejar keuntungan” dengan sanggup mengetepikan keselamatan publik.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya kerajaan yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi di Pulau Pinang.


“Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan loji Lynas di Gebeng, Pahang,” kata beliau.


Kenyataan Akhbar oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
28 April 2011 di Komtar, George Town.


Hanya Pakatan Rakyat (PR) yang akan menjamin kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat dengan memastikan tiada kemudahan loji nuklear atau perlombongan nadir bumi (rare earth) di Pulau Pinang

Hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu- satunya yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi (rare earths) di Pulau Pinang. Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, Pahang.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 Mei, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangi bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek tersebut di Bukit Merah, Ipoh.

Syarikat Hong Kong tersebut melalui anak syarikat tempatan, CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon lesen kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri bagi membolehkan mereka meneroka kawasan yang dijangka meliputi 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah juga merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pelupusan sisa radioaktif yang berjumlah RM300 juta. Sebaik memperolehi lesen, CVM Mineral dan PKNP akan menandatangani perjanjian bagi menetapkan terma dan syarikat dalam melaksanakan projek tersebut. Menurut sumber, CVM Mineral akan menjadi pemegang saham utama sementara PKNP akan menguruskan 135, 300, 000 saham CVM iaitu kira- kira 4.73 peratus dari keseluruhan saham syarikat itu.

Aktivis alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth Milk yang dikaitkan dengan lapan kes leukimia termasuk tujuh kematian. Baru- baru ini kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa laporan lengkap sebulan dari Lynas hampir siap dan diikuti dengan peraturan dan langkah- langkah keselamatan.

Bukan hanya rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia menentang keputusan yang pendek fikiran ini.

Jelas Barisan Nasional (BN) terlalu mengejar keuntungan sehingga buta dalam mengutamakan masalah lingkungan hidup, keselamatan dan kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Rakyat Perak harus bangkit semula bagi mengembalikan kerajaan PR di bawah pimpinan Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengelakkan projek pelombongan nadir bumi terus beroperasi di Perak.

Pada mulanya Pahang dan sekarang Perak. Pelombongan nadir bumi ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan tanpa mengadakan rundingan yang sewajajarnya kerana risiko yang bakal ditanggung amat tinggi. Hanya negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap tegas dan tanpa berkrompomi menentang pemprosesan dan pelombongan nadir bumi ini. Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang telah berlengah telah bertindak lebih maju dengan terlebih dahulu menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk menentang setiap kemudahan loji nuklear untuk ditempatkan di negeri ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,Dato' Sri Peter Chin pada 21 Mac 2011 sebagai bantahan terhadap pembangunan kilang nuklear di Malaysia. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menyatakan pendirian kerajaan negeri untuk tidak membenarkan sebarang kemudahan seperti itu di Pulau Pinang.

Selepas berlakunya bencana nuklear di negara secanggih Jepun, kerajaan BN seharusnya menghentikan projek tersebut. Bagaimana BN boleh memastikan tiada risiko berbahaya sejurus pembinaan loji nuklear kepada kesihatan dan keselamatan awam ketika kerajaan BN tidak boleh membina bumbung stadium tanpa runtuh dan memastikan atap Parlimen tidak bocor?

Melalui surat yang dibalas kepasa saya pada 20 April 2011, Dato Peter Chin mengatakan bahawa adalah mustahil untuk membina loji nuklear di Pulau Pinang kerana kepadatan penduduknya yang tinggi. Namun tekad kerajaan BN adalah untuk meneruskan pembangunan loji nuklear menjelang 2020 di kawasan lain di Malaysia.

Rakyat Pulau Pinang boleh tidur dengan aman dan yakin tentang keselamatan anak- anak mereka selagi PR memerintah. Malangnya kepada mereka yang tinggal di negeri- negeri di bawah pemerintahan BN kerana negeri tersebut berkemungkinan mempunyai loji nuklear menjelang tahun 2020. Jelas BN telah memperjudikan kesihatan dan keselamatan rakyat.

Hanya negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang tidak sanggup menanggung risiko tersebut. Atas alasan ini jugalah rakyat Perak, Pahang serta negeri- negeri BN lain harus belajar bahawa hanya kerajaan pemerintahan PR dapat memastikan bahawa projek pemprosesan nadir bumi serta sebarang pembinaan loji nuklear dibina yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan keluarga mereka.


LIM GUAN ENG

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails