Monday, April 25, 2011

Apa yang Mustaffa Ali kata hingga membuatkan Azmin Ali melenting?

Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan tingkah laku beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat ini.. kita yang menyokong ini digesa untuk memboikot media-media milik UMNO ataupun media-media Pro-UMNO, samada media cetak mahupun media elektronik.. kerana menurut mereka media-media tersebut sering memutar belitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka sendiri bertindak sebaliknya, mereka bukan saja mendengar, atau sekadar membaca.. lebih malang lagi mereka pula mempercayainya..

Blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat pula sering ditegur kerana mengkritik atau menegur pimpinan Pakatan Rakyat secara terbuka kata mereka gunakan saluran dalaman Parti yang sedia ada..


Tetapi mereka pula mengkritik sesama mereka secara terbuka menggunakan media yang ada seperti Tweeter contohnya..

Dalam satu ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah berkata “Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,”

Apabila Lidah Rasmi UMNO melaporkan kononnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah berkata “Andaian sebenarnya (kes video lucah) tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

Azmin yang telah terpedaya dengan laporan oleh Lidah Rasmi UMNO itu tanpa merujuk kepada Datuk Mustafa Ali mengeluarkan kenyataannya melalui Twitter dengan berkata “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

Tambahnya lagi “Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,”

Bagaimanapun laporan yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO itu telah dinafikan oleh Datuk Mustaffa Ali dan beliau juga telah meminta media berkenaan meminta maaf.

Rasanya ini sudah kali yang kedua kenyataan dari Datuk Mustaffa Ali ini diputar belit oleh media Pro UMNO/BN, yang pertama dulu oleh The Star.

Adakah benar Datuk Mustafa Ali berkata seperti yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO itu dan adakah wajar Azmin Ali terus melenting bila mendengar berita dari Lidah Rasmi UMNO itu dapat kita saksikan dari dua video dibawah..

Satu dari TVPas dan satu lagi dari Malaysiakini..





Ini adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Azmin berang dengan Mustafa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan pendirian Pas untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya oleh wartawan mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, semasa sidang akhbar semalam cukup menyinggung perasaan Anwar dan PKR.

Azmin seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.

Semalam, Mustafa ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily apakah pendirian Pas jika siasatan polis mendapati lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa berkata:

“Andaian sebenarnya tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”
Kenyataan Mustafa itu dilaporkan oleh semua akhbar termasuk portal berita propembangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Sementara itu, Azmin selepas Mustafa membuat penafian, menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan kepada media terutamanya semasa sidang akhbar berlangsung.

“Pimpinan perlu berhati-hati memberi kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO. Wajar buat kenyataan media secara bertulis untuk elak manipulasi,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails