Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, April 22, 2011

Anwar bukan Sakit tetapi cuma keletihan.. Harap Maklum!


Menurut laporan Malaysiakini Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.Ini kerana menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.- Malaysiakini

Itu laporan dari Malaysikini berdasarkan maklumat dalam Parti..(siapa gatai mulut nak bercakap nie?)

Dibawah ini pula ialah maklumat yang perlu aku sampaikan kepada pihak yang terlibat dalam program Anwar untuk hari ini (Jumaat) dan esok (Sabtu).


Anwar bukannya sakit tulang belakang seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini itu, tetapi beliau berada dalam keletihan yang amat dan memerlukan rehat setelah berada dua minggu di Sarawak kemudiannya pada malam sebelum hari pengundian PRN Sarawak terbang pula ke United States singgah di London terbang pula ke Tokyo dan jam 7.00 malam semalam mendarat di Malaysia.

Semua program besar yang sepatutnya dihadiri oleh Anwar akan digantikan oleh Azmin Ali begitu juga dengan program untuk hari Sabtu berjalan seperti yang dirancangkan tanpa Anwar tetapi Azmin..

Anwar akan menghadiri program di Lumut..Harap Maklum..


Anwar batalkan lawatan dua hari ke Pulau Pinang

Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.


Malaysiakini

3 comments:

Anonymous said...

IGP nak mampui ke? http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/22/nation/20110422115613&sec=nation
Harap bertaubat sebelum lambat!!!!

Anonymous said...

ASD, semasa ceramah "tolak fitnah" baru2 ni Gombak, YB Azmin ada membentang analisis tentang kes Saifool yg sedang dibicara dimahkamah tapi tak disiar dimana2 akhbar, bagi saya satu analisis yg cekup hebat dan mudah difaham, siap dengan slide show nya sekali. Kalau ASD boleh suruh Azmin ulang tayang semasa ceramah beliau di Sg. Tiram malam ini, saya rasa pasti memukau orang Bayan Baru. Termasuk ajk2 umno bahagian yg pasti mai malam ni (semasa ceramah tuan guru HA, baru2 ni di batu maung pun, nampak muka depa)

Bombo said...

yg fitnah tu mereka dah nampak neraka jahanam,tobatlah awal2 sebab ada ganjaran cupu emas seawalnya,yg ngok2 dgn BN tu baik awal2 lompat PR sebelum terlambat Pru13....

Archive

Related Posts with Thumbnails