Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, April 5, 2011

Aduan qazaf ‘Datuk T’ juga akan di Siasat..

Seperti yang ditegaskan oleh pihak Polis bahawa mereka akan menyiasat bagaimana Video Lucah itu boleh diupload kedalam You Tube, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga memberikan jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat aduan qazaf yang dilemparkan ‘Datuk T’ terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pendedahan video seks..

He..he..he.. dia pun nak siasat tu.. mesti memakan masa berpuluh tahun siasatan ni..

Kalau korang baca betul-betul kenyataan Jamil di perenggan terakhir tu.. yang ni "“Pendakwa raya akan buat penelitian kes ikut proses biasa…katakanlah kalau (kejadian dalam video) berlaku di sebuah bilik (hotel) di Selangor, jadi kena buat aduan di Selangor,”..


Kalau ikut tulisan yang terpapar di Video tu "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400" mungkin nama tempat rakaman tu.. jadi sepatutnya Samsul Iskandar perlu memfailkan aduan qazaf itu di Thailand.. dan Jabatan Agama Islam Wilayah mana ada kuasa nak bertindak kalau kejadian tu berlaku di Thailand...

Jamil Khir jamin siasat aduan qazaf ‘Datuk T’

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjamin pihaknya akan menyiasat aduan qazaf (pertuduhan zina) yang dilemparkan ‘Datuk T’ terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pendedahan video seks.

Jamil berkata, aduan itu akan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk siasatan penuh sebelum dibawa kepada pihak pendakwaan.

“Pendakwa raya kemudiannya akan membuat pertimbangan sama ada terdapat kekuatan hasil siasatan itu nanti untuk dibawa kepada pendakwaan,” katanya kepada pemberita di Institut Kefahaman Islam (IKIM) di sini hari ini.

Beliau hadir di majlis perasmian konvensyen pemacuan transformasi perundangan Islam di Malaysia.Sehubungan itu, beliau menolak tanggapan segelintir individu terutamanya pemimpin pembangkang mendakwa pihaknya mengambil sikap ‘membisu’ berhubung isu qazaf.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) terhadap trio ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Aduan dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerana memfitnah Anwar melakukan zina dengan seorang pelacur Cina melalui pendedahan video seks yang ditayangkan kepada media di Carcosa Seri Negara di sini 21 Mac lalu.

Selain itu, beberapa pengakuan Rahim dan Eskay yang mengaku terlibat dalam isu klip video itu turut diserahkan Shamsul kepada pegawai penguatkuasa JAWI untuk tujuan siasatan.

Mengikut undang-undang Syariah, sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina perlu mengemukakan empat orang saksi, jika tidak prosiding qazaf boleh dilakukan dan orang yang menuduh itu boleh didakwa dibawah Akta Jenayah Syariah.

Dalam undang-undang tersebut, menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar serta wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan individu itu tidak lagi boleh diterima pakai sebagai seorang saksi kerana tergolong dalam orang fasiq.

Walaubagaimanapun, Jamil berkata aduan itu perlu disiasat dan diteliti kesahihannya terlebih dahulu mengikut tempat kejadian, iaitu lokasi bilik hotel itu.

“Akta Jenayah Syariah yang terletak di bawah Seksyen 43 untuk qazaf harus dibuat mengikut negeri…kena tahu bilik itu di mana.

“Pendakwa raya akan buat penelitian kes ikut proses biasa…katakanlah kalau (kejadian dalam video) berlaku di sebuah bilik (hotel) di Selangor, jadi kena buat aduan di Selangor,” katanya.


Free Malaysia Today

11 comments:

Anonymous said...

Boleh percaya ke? Siasat dulu baru cakap.

Anak kg Pertama said...

Semuanya tak kena...hanya PR aje yang betul!!Pantun utk DSAI.

Tinggi-tinggi si mata hari,
Anak kerbau mati tertambat;
Hari ini orang sudah mengerti,
Lekas-lekas bawa bertaubat.

Sheild said...

Anon 5:32 / Kalau yang bercakap tu puak umno, saya lebih percaya pada pepatah inggeris bila depa cakap ''pigs can fly''.

cekli@abg chor said...

Anak kg Pertama.......... dimana letaknya hati budi, iman, akhlak dan maruah diri? kenapa dihukum sebelum ditentukan bersalah? Adakah dalam agama mengajar kita begitu?

Bagaimana kalau fitnah ini 'terkena' pada diri anda, ahli keluarga anda mahupun sahabat anda, apakah perasaan anda ketika itu? Kenapa anda tidak memberikan pandangan supaya isu ini mengikut hukum Allah dan dikendalikan oleh MAHKAMAH SYARIAH.

JANGAN PERASAAN MENGUASAI FIKIRAN TETAPI BIARLAH SEBALIKNYA FIKIRAN YANG WARAS MENGUASAI PERASAAN. Jangan hilang pertimbangan semata-mata demdam kesumat yang boleh menghancurkan diri sendiri.

tamby kecik a/l tamby besar said...

ewah ewah pecah le bontot sitamby rahim tu nanti kena rotan....kehkehkeh....dengau kan kabau aje le tu nanti....entah entah sampai dah mampos semua datok2 T tu...dan jamil khir tu pun entah entah dah bongkok tiga pun hukum qazaf tru pun entah ke mana....wakakakah....ketawa besau pulak le aku....sampai terkencing dalam kain ni

tamby kecik a/l tamby besar said...

ewah ewah pecah le bontot sitamby rahim tu nanti kena rotan....kehkehkeh....dengau kan kabau aje le tu nanti....entah entah sampai dah mampos semua datok2 T tu...dan jamil khir tu pun entah entah dah bongkok tiga pun hukum qazaf tru pun entah ke mana....wakakakah....ketawa besau pulak le aku....sampai terkencing dalam kain ni

Anonymous said...

Tinggi-tinggi si pecacai najis,
Anak kg. Pertama adalah kerbau,
Hari ini tektik UMNO sudah habis,
taubatlah korang sebelum dosa berbau.

* nak tiru aku ler tu buat pantun...

Anak kg Pertama said...

cekli@abg chor

Berapa lama saudara kenali DSAI? saya anak permatang pauh kenali DSAI baru 22tahun (1989~2011). Dalam 22tahun saya tahu siapa DSAI sejak dia dlm UMNO dan selepas keluar UMNO. Kawan2 seperjuang DSAI di pmtg pauh saya juga kenali...dia bukan pejuang Islam tulen..dia hanya pergunakan Islam demi politiknya.

palaban said...

sapa lah nak jadi kambing hitam ni kalau video ni ternyata ada maksud jahat

Anonymous said...

Anak Kg. Pertama sikerbau jalanan,
Malaun hebat permatang pauh,
komen negatif memainkan peranan,
chet...hang kencing orang dari jauh.

Anonymous said...

Ada pepatah mengatakan,

Lebih baik melepaskan 10 orang yang bersalah daripada menghukum 1 orang yang tak bersalah.

Teman2, Selami sedalamnya makna pepatah tersebut. Sesuai dengan moral & sifat kemanusaiaan(pemaaf & bagi peluang ke2)kepada pesalah dan yg paling penting cuba mengelakkan untuk menghukum 1 manusia yg blum tentu salah.

Dan yg paling penting pepatah tu memang tepat dengan seruan agama Islam, Bagi pesalah yg terlepas, Setiap dosa, jika tidak bertaubat didunia, tidak diampun Allah, akan terima balasanya diakhirat. Bagi orang yg menfitnah dan menghukum orang tidak bersalah, Yang pasti seberat2 AZAB diakhirat kerana MENFITNAH dan MENGHUKUM orang tidak bersalah

ps/ kepada @Anak Sungai Derhaka,
aku ni bleh dikatakan hari2 lepak kat sini, aku nak bagi cadangan skit, klu bleh tak payah guna "Read more »"klu bleh guna post penuh je kat HOME, contohnya 5 @ 6 post penuh kat HOME, macam tukartiub & milosuam

sebabnya senang nak baca dan yang paling penting nak jimat bandwith broadban aku hehe, dah la "My Blog List" melanjut sampai kat bawah, iklan banyak plak tu, kalau buka satu2 post, ia akan loding benda sama je semua kat sitebar tu,

harap @Anak Sungai Derhaka bleh pertimbangkan

sekian, Salam

Archive

Related Posts with Thumbnails