Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, April 4, 2011

3,226 keluar PKR : Najib diperbodohkan atau memang bodoh?

PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

“Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti,” kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin. berita sila baca di SINI.

Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.


“Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran,” kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam.

Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti.

Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya.

Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah.

“Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini,” katanya.


KeadilanDaily

8 comments:

Penang mai said...

Aku keluar PKR pun tak perlu beri surat letak jawatan..cabut aje...engkau orang boleh buat apa??..nak panggil polis panggil le!...nak saman..saman le!..nak sembahyang minta bala... sembahyang le!...yang aku takut hanya Allah aje..dia Maha Mengetahui apa geng of PR buat untuk rakyat..hari nak minta buat masjid pun kena minta kat orang bukan Islam di Penang ni..sebab exco tanahnya geng of DAP

Anak Sungai Derhaka said...

Bodohnya komen kat atas tu...

Mat siber said...

ASD..tak bodoh Penang Mai kata tu, hang kena la ada keadilan,apa yang parti keadilan katakan,selalu yang bodoh tu adalah orang yang kata orang lain bodoh...ASD bodoh ke?

lebai said...

ooo.. rupanya koh tsu kun tu melayu??
dulu depa mintak kat tsu kun la..

Anak Sungai Derhaka said...

Aik??? tadi Penang Mai.. sekarang sudah tukar Mat Siber pulak?

Anak Sungai Derhaka said...

Aik??? tadi Penang Mai.. sekarang sudah tukar Mat Siber pulak?

cekli@abg chor said...

ASD,

NAK BUAT MACAMANA, DEPA TU SEMUA....YANG DILIHAT TAK NAMPAK, YANG DIDENGAR TAK JELAS, YANG DITUTUR SENDIRI PUN TAK FAHAM.

Penang Mai

52 TAHUN GERAKAN MENJADI KETUA MENTERI.......ADAKAH MEREKA MEMOHON MENDIRIKAN MASJID KAT NAINA MERCAN?

LOOK DEEPLY INSIDE BEFORE YOU THROW THE STONE INTO THE SHALLOW WATER.

Anonymous said...

rileks ASD!!!jangan layan sangat puak2 "alif mim nun wau, alif tendang wau sarkis" ni..macam2 cerita dia reka...mengarut semua tu...aku tak caya..

Archive

Related Posts with Thumbnails