Friday, April 22, 2011

‘1Melayu,1Bumi’ Malapetaka buat Malaysia - Tun Mahathir

Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu kerana buiasanya beliaulah manusia yang sering meniup api perkauman..

Hmm.. kalau kat Kampung aku ni.. orang kata buang tebiat dah nie.. atau mungkin dia dah sedar dalam tubuhnya itu masih ada darah India..


Dr M: Gelombang ‘1Melayu,1Bumi’ Utusan idea malapetaka

LUMPUR, 22 April — Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu “malapetaka” jika menjadi kenyataan.


“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disarankan oleh Utusan Malaysia sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa “selesa” lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

“Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan ruangan Cuit kelmarin, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”

Ahad lalu, edisi Mingguan Malaysia menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.”

Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.

“Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Kemudian, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Kata beliau, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam responsnya hari ini, Dr Mahathir berkata gerakan sedemikian akhirnya akan membawa kepada sistem dua parti di mana setiap satu akan didominasi oleh satu kaum sahaja.

“Jika kita teruskan dengan ini, akan wujud sistem dua parti... jika satu sebelah didominasi kaum Melayu dan satu lagi oleh Cina, maka ia adalah tidak baik,” kata bekas pengerusi BN dan bekas presiden Umno ini.

Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails