Tuesday, March 22, 2011

Zul Nordin Yakin Anwar dalam Video dan anggap pemimpin PR sebagai Anjing?

Cuba korang baca apa kenyataan Zul Nordin setelah pulang dari mengiringi Najib untuk menyembah Mustafa Kamal Attartuk di Turki baru-baru ini..

Beliau dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO sebagai yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Katanya lagi “adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.”


Jika dikatakan olehnya 110% jelas pemimpin pembangkang merupakan adalah lelaki itu, inu menunjukkan kepada kita semua bahawa Zulkifli Nordin sendiri telah melihat rakaman video itu walaupun beliau enggan mengulas sama ada sudah menonton video itu atau belum.

Atas dasar apa Zul Nordin begitu yakin bahawa lelaki didalam video lucah itu adalah Anwar?

Adakah ianya kerana dendam yang masih membara kerana dipecat dari PKR tempoh hari maka sifat warasnya telah hilang?

Mengapakah Zulkifli Nordin begitu yakin dengan video yang ditayangkan oleh Datuk ‘T’ itu sedangkan kita ummat Islam sepatutnya berpegang kepada ayat ini..

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Baca pula apa komen Zul Nordin didalam facebooknya ini.. Beliau menggangap pemimpin PR sebagai anjing!.




Didalam facebooknya (screen shot diatas) Zul Nordin menulis “Pelik ek.. belum pun tgk videoklip tutp Anwar dah nak melenting x tentu pasal. Siap fitnah orang lagi! Yang Wan Azizah pun apa hal nak melenting, Elok Wan Azizah tgk je dulu video tu. Hanya dia je boleh cam “sudu” dlm videoklip tu ;) pmimpin pmbkg lain? Tak payah tgklah.. kang tak pase ada yg gigit video tu nanti.. worf..worf..;))”

Berita berkaitan..

Yakin aksi pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails