Kata Zahrain “Setakat ini saya rasa beliau tidak sesuai lagi menjadi Ketua Menteri tambahan pula dia bukan anak jati Pulau Pinang. Apa yang saya tahu, ketika dia di Melaka dulu pun memang dia ini bermasalah tapi macam mana dia boleh diterima di Pulau Pinang pun saya tak tahu,”Hakikatnya perlantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hanya dibuat setelah seluruh pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersetuju dengan lantikan itu, antara Pimpinan tertinggi PKR semasa itu adalah Zahrain sendiri yang bercita-cita mahu menjadi Timbalan Ketua Menteri 1.
Kata Zahrain lagi, rakyat sudah boleh menilai dengan melihat sendiri taring yang sudah ditunjukkan oleh kerajaan DAP apabila semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri itu.
Benar.. memang benar semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri ini.. tapi bukan rakyat marhaen tapi rakyat yang mempunyai kepentingan dalam UMNO..
Zahrain ramal peralihan undi
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yakin akan berlakunya perubahan pucuk pimpinan negeri pada pilihan raya akan datang selepas melihat kegagalan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri ini dengan baik.
Menurutnya, selepas hampir tiga tahun Pulau Pinang diperintah PR, Kerajaan Negeri bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat mempunyai pelbagai masalah selain tidak menunjukkan sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan selepas mengambil tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).
“Guan Eng sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.
“Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa termasuk melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada penghuni perkampungan polis Bayan Indah, Bayan Lepas di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin.
Selain itu, Zahrain berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjaga sensitiviti kaum yang sedia ada terutama masyarakat Melayu di negeri ini hingga gagal menyelesaikan isu membabitkan Melayu sebaik mungkin.
Menurutnya, isu meroboh gerai penjaja kecil, isu kaum dan isu agama seolah-olah diperkotak-katik oleh Pakatan Rakyat sedangkan perkara ini tidak berlaku sebelum ini.
Katanya, Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya lebih bersikap adil dan bertolak ansur kepada semua rakyat tanpa perlu prejudis terhadap mana-mana kaum dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Tindakan yang tidak memberi layanan sama rata kepada semua kaum di negeri ini terutama kepada golongan peniaga menyebabkan beliau semakin tidak disukai rakyat negeri ini.
“Setakat ini saya rasa beliau tidak sesuai lagi menjadi Ketua Menteri tambahan pula dia bukan anak jati Pulau Pinang. Apa yang saya tahu, ketika dia di Melaka dulu pun memang dia ini bermasalah tapi macam mana dia boleh diterima di Pulau Pinang pun saya tak tahu,” katanya.
Zahrain berkata, Guan Eng mungkin popular pada awal kemunculan apabila mengumumkan pelbagai inisiatif baru, pemberian sumbangan kepada warga emas, golongan kurang upaya, yang lebih bersifat kepada membeli undi rakyat.
Namun kini, katanya, rakyat sudah boleh menilai dengan melihat sendiri taring yang sudah ditunjukkan oleh kerajaan DAP apabila semakin banyak masalah terpaksa dihadapi rakyat di negeri itu.
Sinar Harian

7 comments:
orang yang tidak berpendian seperti zahrin cakap langsong tak boleh dipakai mementingkan diri sendiri,heran macam mana pkr boleh ambil jadi calun?hepokrit tidak ada amanah langsong!.sehudoh2 anjing tidak akan menderhakai tuanya tapiii sizahrain initermasok beberapa ekor katak lagi lebih terok dari........ .
jatuh kan dia di PRU 13 nanti
sebut saja zahrin semua org taik dia sebab kaki am/output berita songsang,menusia begini aku hairanlah masih ada manusia kurap yg percaya dgn dia...munkin duit dia kot,aku dari gigi sampai kekaki dia aku tak percaya manusia mcm ni,style ada persamaan org2 umnogok...taik paww
Memang puak2 ni jenis mangkok hayun, kontrak tak dapat lompat sokong Bn. Aku potong Lancau sekali lagi kalau amno bagi zaharin jadi calon depa dalam pru 13 nanti.
Seekor Katak BODO!perangai buruk seburuk mukanya...ehh..gua citer pasal katak ..bukan lu zahrin..hahhah..
Orang jenis Zahrin hanya memperjuangkan periuk nasinya sahaja bukannya memperjuangkan nasib rakyat. Kalau macam tu baik dia tinggalkan politik dan jadi peniaga. Tak kisahlah dia jadi peniaga besi buruk ke, peniaga katak ke atau jadi broker @ "beruk ke" projek ke.
Jangan ramal nasib PR...ramal dulu nasib kau untuk PRU13 nanti.
Post a Comment